MPL ID: Sokongan dari kedua ibu bapa membuatkan High bangkit

Pasukan Aura Fire baru sahaja menewaskan Alter Ego, salah satu pasukan yang sangat kuat di dalam MPL Indonesia ketika ini.

Mereka menggunakan meta Karina sebagai jungler di perlawanan ketiga dan terus memberikan kejutan kepada pasukan lawan itu.

Salah seorang ahli pasukan Aura Fire iaitu High mula bangkit saat beliau mendapat sokongan dari kedua ibu bapanya.

Jaguh dari Indonesia ini mula bersama pasukan Aura Fire dari September 2020 untuk menggantikan Vanss yang bertukar posisi ke MDL.

Beliau juga pernah dikritik kerana prestasinya yang kurang memuaskan di MPL Indonesia musim ketujuh.

Persoalan mengenai kebangkitan beliau ini diungkap oleh rakan sepasukannya, Qeira “Mental High sudah bangkit, kini beliau bermain dengan lebih terbuka.”

“Sokongan dari kedua ibu bapanya adalah salah satu faktor yang membantu kebangkitan semangat juangnya” ujar beliau.

 

RELATED NEWS

+