MPL ID: Wannn kini focus bermain Jungler, bakal ganti Ferxiic?

Wannn adalah salah seorang veteran di dalam arena e-sukan Mobile Legends. Beliau terkenal dengan bakatnya di dalam posisi jungler. Berjaya menjuarai liga MPL ID musim keempat dan kejohanan dunia, M1, kredibiliti dan kemahiran beliau tidak dapat disangkal lagi.

Individu yang menyarungkan jersi EVOS Legends ini kini diganti oleh Ferxiic sebagai jungler yang baru sahaja berjaya memenangi MPL ID musim ketujuh. Ferxiic yang dibawa masuk dari MDL jelas menunjukkan bakatnya bermain Ling, Benedetta dan Hayabusa.

Antara sebab utama Wannn diganti adalah faktor kesihatannya. Beliau mengalami burnout kerana terlalu banyak tekanan serta komitmen sebagai seorang pemain profesional. Lalu beliau memilih untuk berehat sebentar pada musim ketujuh.

Walau bagaimanapun, Wannn tetap melakukan comeback untuk MPL ID musim kelapan dan berjaya menjadi juara kejohanan NMA musim ketiga. Beliau dilihat menggunakan hero mage seperti Lylia dan sangat cekap mengendalikan hero itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Adlean Tegar, Head of Esports untuk pasukan EVOS Legends menyatakan Wannn kini sedang fokus bermain hero jungler.

Adakah Wannn akan menggantikan Ferxiic sebagai jungler utama EVOS Legends? Prestasi Ferxiic sedikit sebanyak naik turun di musim kelapan namun Wannn harus menunjukkan usaha yang lebih bagi menggantikan Ferxiic sebagai jungler di MPL ID.

 

RELATED NEWS

+