MPL: Ikuto Radzi Dan CortX Berkongsi Tentang Top Picks, Prestasi Pasukan Sepanjang Musim Liga

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia & Singapura Musim Keempat akan bermula esok yang mana perlawanan playoffs menyaksikan siapa akan menjadi juara bagi edisi kali ini.

Sebelum ini, sudah enam minggu liga berjalan dan pelbagai corak permainan serta perlawanan epik ditonjolkan. Penulis sempat menemubual Radzi “Ikuto” Rahman dan Said Za (CortX) yang berkongsi pendapat mereka mengenai MPL kali ini. 

 

Prestasi pasukan Malaysia

Ikuto Radzi: Bagi saya, tiada satu pun pasukan Malaysia yang tunjukkan tahap konsisten yang tinggi. Todak dan Axis, mereka kadang-kadang lakukan kesilapan jadi pada pandangan saya, mereka ada kekuatan cuma ia perlu digilap.

Cuma saya rasakan pasukan Malaysia lebih sukar memahami patch yang baru dan corak permainan mereka kadang-kadang tidak seperti apa yang dilatih. Mereka juga kurang berdisiplin contohnya dari segi shot calling (bila harus push, bila harus mulakan teamfight dan sebagainya).

CortX: Prestasi pasukan Malaysia, saya rasa mereka perform agak bagus terutamanya Axis dan Todak. Begitu juga dengan Sabah Top Player cuma mungkin mereka kurang pengalaman bermain di pentas kompetitif.

 

Siapa akan menang MPL kali ini?

Ikuto Radzi: Susah nak ramal sebenarnya tapi menurut pandangan saya, Todak akan juara, diikuti EVOS, Axis dan kemudian Resurgence. Sepanjang musim liga, Todak menunjukkan corak permainan yang hebat jika dikira dari kemahiran individu. Ciku, Moon dan Xray masing-masing sangat menyinar begitu juga dengan ahli lain.

Kekalahan tipis mereka pada musim liga pun mungkin disebabkan masalah komunikasi.

CortX: Bagi saya, pasukan yang boleh adapt dengan patch paling cepat mempunyai kelebihan untuk menang terutamanya EVOS yang memang cepat menyesuaikan diri. Dengan adanya Matthew yang berada dalam pasukan akan jadi penganalisa yang bagus kerana beliau ada pengalaman luas dalam casting sebelum ini.

 

Hero mana yang akan menjadi pilihan?

Ikuto Radzi: Walaupun X-Borg menerima nerf, tapi saya rasakan ia masih akan menjadi pilihan utama begitu juga dengan Esmeralda, Harith, Valir dan Grock.

Bagaimanapun, saya turut rasa Masha adalah hero yang kuat, lebih dari mana-mana fighter kerana mempunyai damage burst yang tinggi. Bagi saya, Masha sesuai dimainkan sebagai fighter walaupun ada peranan hibrid (tank).

Selain itu saya rasa patch baru ini akan menunjukkan bagaimana pemain memanfaatkan spell seperti Revitalize dan Arrival.

Pertama sekali hero dengan keupayaan shield dan HP Regen seperti Esmeralda, Harith dan Masha sangat kuat di bawah pengaruh spell ini kerana ia memberikan tahap efektif 40% lebih tinggi untuk dua keupayaan itu.

Arrival pula sudah di-buff jadi ia mungkin akan digunakan dengan kerap.

CortX: Bagi saya, selepas item Oracle dan Athena’s Shield yang kena buff, ia akan diguna pakai kerap oleh tank dan ini mungkin akan membuatkan dua tank meta digunakan sekali lagi. Selain itu, Grock mungkin akan jadi hero pilihan kerana mempunyai damage early game yang tinggi.

Jadual perlawanan esok! Saksikan live di Facebook page rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

Liga MPL MY/SG Musim Keempat ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

RM203,000 pula diberikan sebagai subsidi mingguan, bonus kemenangan dan anugerah prestasi bagi mereka yang layak ke musim liga. RM211,000 baki prizepool pula akan dapat direbut di playoffs yang akan berlangsung di KL LIVE bermula esok dan Ahad.

Ia dianjurkan oleh eGG Network dengan kerjasama Moonton.

Artikel berkaitan: 8 pasukan bertempur di playoffs

RELATED NEWS

+