MPL Indonesia: Alter Ego cemerlang lagi, kemenangan bersih ke atas Rebellion Genflix 2-0

Perlawanan pembukaan dimulakan dengan penemuan antara Alter Ego dan Rebellion Genflix. 

Untuk memudahkan para pembaca, penulis ingin berkongsi hero yang digunakan oleh setiap pemain pada perlawanan pertama:

REBELLION GENFLIX

  • Vall – Silvanna
  • Sugar – Yi Sun-Shin
  • B1rul – Chou
  • Huba – Kagura
  • Jlonotwow – Paquito

ALTER EGO

  • Leomurphy – Jawhead
  • Pai – Alice
  • Nino – Esmeralda
  • Celiboy – X.Borg
  • Ahmad – Beatrix

PERLAWANAN PERTAMA

Kedua-dua pasukan bermain secara pasif pada awal permainan. Pada minit ke-2, Alter Ego berjaya mendapatkan turtle pertama dengan bantuan Leomurphy mengorbankan nyawanya demi memberi ruang kepada pasukan beliau. Seterusnya, Alter Ego berjaya memenangi perlawanan pada minit ke-3 dengan menggunakan last insanity yang dimiliki Celiboy. 2 kill berjaya didapatkan oleh pasukan Alter Ego.

Leomurphy terus memberikan permainan yang baik untuk perlawanan pertama ini, rotasi yang dilakukan oleh beliau berjaya memberikan ruang kepada pasukannya untuk mendapatkan kill. Pada minit ke-8, Alter Ego sudah mendahului 3 ribu gold. Mereka terus mengawal peta dan mengejar objektif.

Alter Ego mendahului permainan dengan skor 17 mata kill memberikan mereka kelebihan dari segi gold dan mendahului sebanyak 11 ribu. Rebellion Genflix yang kehilangan momentum untuk bertahan menyebabkan mereka terpaksa memberikan kemenangan kepada Alter Ego.

Untuk memudahkan para pembaca, penulis ingin berkongsi hero yang digunakan oleh setiap pemain pada perlawanan kedua:

REBELLION GENFLIX

  • Vall – Martis
  • Sugar – Lancelot
  • B1rul – Lunox
  • Huba – Saber
  • Jlonotwow – Phoveus

ALTER EGO

  • Leomurphy – Baxia
  • Pai – Esmeralda
  • Nino – Benedetta
  • Celiboy – Harley
  • Ahmad – Chou

PERLAWANAN KEDUA

First Blood berjaya didapatkan oleh Vall terhadap Leomurphy yang tersalah posisi di bahagian lane atas. Seterusnya Alter Ego sudah bersiap sedia mendapatkan turtle meskipun ada tentangan dari pasukan Rebellion. Celiboy menggunakan retribution tepat pada masanya dan berjaya mendapatkan turtle yang pertama.

Rebellion Genflix bagaimanapun masih mempunyai kelebihan pada skor kill mereka. Alter Ego mengawal peta dan mencari farm dengan lebih cepat untuk mengejar objektif dengan lebih berkesan. Pada minit ke-10, Alter Ego sudah mendahului gold sebanyak 5 ribu dan mereka berjaya menumbangkan banyak turret kepunyaan Rebellion Genflix. Celiboy adalah pemain yang paling kaya setakat ini di perlawanan pertama.

Seterusnya, pertarungan yang berlaku pada minit ke-12 menyebabkan pasukan Alter Ego hampir wiped out meninggalkan El Nino keseorangan. Rebellion Genflix juga tidak terkecuali dengan hanya meninggalkan 2 orang pemain. Di dalam pertarungan itu, Celiboy berjaya mendapatkan triple kill dan ditumbangkan oleh B1rul sejurus selepas itu.

Selepas berhempas pulas selama 25 minit, Alter Ego berjaya mendapatkan kemenangan dengan menumbangkan kesemua ahli Rebellion Genflix. Alter Ego sekali lagi mencari kemenangan bersih 2-0 untuk mengekalkan tempat mereka di carta teratas.

RELATED NEWS

+