MPL Indonesia: Alter Ego kekal bertenaga, benam Geek Fam 2-1

Untuk memudahkan para pembaca, penulis ingin berkongsi hero yang digunakan oleh setiap pemain pada perlawanan pertama:

GEEK FAM

  • RenV – Jawhead
  • Dilann – Alice
  • Babywww – Ling
  • Adam – Yu Zhong
  • Frzz – Mathilda

ALTER EGO

  • Ahmad- Paquito
  • Nino – Lunox
  • Pai – Esmeralda
  • Leo Murphy – Tigreal
  • Celiboy – Hayabusa

PERLAWANAN PERTAMA

Leomurphy cuba menganggu farming Babyww di orange buff pada minit awal permainan namun berjaya dibunuh oleh Babyww dengan bantuan dari RenV. Turtle pertama berjaya dirampas oleh RenV di atas kesilapan Celiboy menggunakan retribution terlalu awal. Walau bagaimanapun, Alter Ego tetap berupaya mengawal peta dan memperolehi farming yang lebih pantas.

Perlawanan diteruskan dengan kedua-dua pasukan bermain sedikit pasif untuk mendapatkan barang mereka bagi memperkuatkan skuad masing-masing. Pada minit ke-7, Celiboy menggunakan shadow kill terhadap Frzz dan beliau dikepuang oleh RenV dan juga Babywww, melihat keadaan rakannya yang sedang dalam bahaya, Leomurphy terus merusuh masuk dan menggunakan Implosion untuk menamatkan riwayat Babyww dan RenV. 

Pada minit ke-14, pertempuran yang berlaku antara kedua pasukan itu memberikan kelebihan buat Alter Ego apabila Geek Fam berjaya ditumbangkan menjadi seorang ahli pasukan sahaja yang tinggal, Geek Fam begitu yakin untuk memaksa pertarungan di bahagian turret tengah. Pai membuat clean up selepas mendapat peluang itu dan Geek Fam buntu untuk mempertahankan base mereka.

Pertarungan sekali lagi berlaku pada minit ke-16 dan mengakibatkan Geek Fam wiped out dari Peta. Alter Ego mengambil peluang itu untuk menamatkan permainan pada minit ke-16.

 

Untuk memudahkan para pembaca, penulis ingin berkongsi hero yang digunakan oleh setiap pemain pada perlawanan ketiga:

GEEK FAM

  • RenV – Jawhead
  • Dilann – Chou
  • Babywww – Hayabusa
  • Adam – Lapu-Lapu
  • Frzz – Eudora

ALTER EGO

  • Ahmad- Saber
  • Nino – Lunox
  • Pai – Ruby
  • Leo Murphy – Khufra
  • Celiboy – X.Borg

PERLAWANAN KETIGA

Geek Fam kali ini lebih agresif pada perlawanan ketiga, mereka mencari kill demi kill untuk memperlahankan tempo pasukan Alter Ego, pada minit ke-6, Geek Fam sudah melebihi 3 ribu gold dari Alter Ego. Mereka bermain dengan sangat berdisiplin dan mencari objektif dengan berhati-hati. Alter Ego seakan tidak mempunyai tindak balas untuk mengawal kembali permainan, mereka kehilangan momentum itu. Skor 10-3 menyebabkan Alter Ego bertindak bergerak di dalam peta bersama-sama.

Lord kedua berjaya diambil oleh pasukan Geek Fam, mereka merusuh ke arah base Alter Ego dan kemudiannya berjaya menghancurkan dua buah turret yang dimiliki Geek Fam. Namun begitu, Geek Fam begitu yakin dengan kelebihan yang mereka miliki dan menyebabkan Alter Ego berjaya mendominasi perlawanan di dalam base mereka, menumbangkan 4 orang ahli Geek Fam. Alter Ego mengambil peluang itu untuk pushing dan menghancurkan turret tengah di bahagian dalam base Geek Fam.

Geek Fam sekali lagi membuat kesilapan selepas Babyww bergerak secara solo dan mengeluarkan shadow kill ke atas Ahmad, Ahmad kemudiannya membalas dengan menumbangkan Babyww di atas bantuan Nino. Alter Ego mengambil Lord dengan mudah tanpa sebarang bantuan. Dilihat aksi comeback Alter Ego, Geek Fam bermain dengan lebih selamat tetapi ianya tidak berhasil. Alter Ego berjaya menghancurkan turret di bahagian atas base Geek Fam. Alter Ego kemudiannya menamatkan permainan pada minit ke-23. 

Celiboy sempat mengungkapkan kepenatan di wajahnya selepas bertarung selama 23 minit di perlawanan ketiga. 

RELATED NEWS

+