PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

MPL Indonesia: Angela dan Estes bantu BTR menang 2-0 ke atas Genflix Aerowolf

PERLAWANAN PERTAMA

Aerowolf menggunakan taktik yang sama dengan EVOS Legends iaitu Diggie feeder. Teknik ini digunakan bagi memperlahankan kadar farming Branz yang menggunakan Granger. Walau bagaimanapun, teknik ini tidaklah berkesan seperti EVOS Legends gunakan di saat menghadapi Alter Ego. BTR mempunyai jawapan bagi tektik itu dengan membawa masuk Estes untuk menjaga Branz.

Jurang level antara Branz dan Bottle tidaklah sangat ketara. Selain itu, rotasi pertama yang dilakukan oleh Bottle ke arah lane Rippo tidak berjaya kerana gameplay yang ditonjolkan oleh Rippo mampu mematahkan serangan Bottle itu. Branz yang dibantu oleh Renbo ternyata berjaya mendapatkan core item yang diperlukan untuk memberikan damage yang tinggi di dalam pertempuran.

Di minit ke-13 permainan. Watt yang menggunakan Harith telah membuat kesilapan dengan membuka ultinya untuk memulakan perlawanan. BTR yang sudah menunggu peluang itu dengan segera membunuh Watt yang tidak mempunyai backup di belakang. Seterusnya, BTR berjaya mendapatkan Lord dengan mudah.

Pushing bersama Lord berjaya mendapatkan BTR kemenangan untuk perlawanan pertama, ternyata BTR mempunyai jawapan untuk mematahkan strategi yang digunakan oleh Aerowolf. Rippo juga banyak membantu pasukannya untuk mengenakan Crowd Control ke arah musuh.

PERLAWANAN KEDUA

BTR membawa masuk Angela kali ini untuk memastikan Branz selesa untuk farming, permainan agak pasif di awal permainan sehinggalah Branz berjaya mendapatkan first blood ke atas Bravo yang menggunakan Alice.

Rotasi yang dilakukan oleh Aerowolf untuk menghentikan dominasi Rippo di bahagian bawah lane tidak berhasil dan mereka kehilangan turret yang kedua di bahagian atas lane. Situasi ini sangat merugikan Aerowolf kerana mereka kekurangan gold untuk mendapatkan item bagi menghadapi teamfight yang akan tercetus pada bila-bila masa sahaja.

Clay dan Fredoqt yang ditumbangkan pada minit ke-11 menyebabkan pasukan BTR mendapatkan Lord yang pertama dengan mudah. Pushing bersama Lord berjaya dilakukan oleh BTR untuk memecahkan pertahanan base Aerewolf. BTR tidak berundur meskipun Lord sudah tumbang, mereka terus mengasak pihak musuh dengan bantuan Angela yang memasuki tubuh Branz ternyata terlalu kuat untuk dihadapi oleh pasukan Aerowolf.

Aerowolf yang ketandusan idea terpaksa menyerahkan kemenangan kepada Bigetron Alpha kali ini. Ternyata Angela sangat membantu dan sesuai dimainkan di patch terbaru ini, penambahan nyawa serta crowd control yang dikeluarkan boleh dikatakan overpowered setakat ini. 

RELATED NEWS

+