MPL Indonesia: Benedetta dan Alice oleh Ahmad menyebabkan Geek Fam tersungkur 2-0

Alter Ego harus menebus kekalahan mereka di tangan EVOS Legends dan Onic Esports sebelum ini. Salah satu punca kekalahan tersebut disebabkan oleh kurangnya adaptasi dengan patch yang terbaru. 

PERLAWANAN PERTAMA

Alter Ego berjaya mendominasi di saat awal permainan, Ahmad menunjukkan corak permainan yang sangat lincah menggunakan Benedetta untuk shutdown Babywww dua kali secara solo. Celiboy mengambil pengajaran di perlawanan sebelum ini untuk bermain pasif dan fokus kepada farming.

Lord yang pertama berjaya diambil oleh pasukan Alter Ego pada minit ke-12. Geek Fam yang sudah mengetahui perkara itu masih ingin memaksa pertarungan menyebabkan Zunz dan Renv terkorban. Kesilapan yang sangat ketara itu digunakan oleh Alter Ego sepenuhnya untuk memusnahkan turret di bahagian atas dan bawah.

Setelah Lord berjaya menembusi base Geek Fam, Zunz memulakan langkah untuk menangkap Celiboy ke arah pasukannya. Namun begitu, Udil dengan pantas menggunakan Feathered Air Strike berjaya menyelamatkan Celiboy dari terkorban. Seterusnya Geek Fam tidak terdaya untuk mempertahankan serangan yang diberikan oleh Alter Ego dan mereka telah kehilangan 4 orang ahli meninggalkan Babywww seorang diri untuk defend.

PERLAWANAN KEDUA

Frzz lincah menggunakan Natalia untuk menghalang Celiboy farming di dalam hutan, Alter Ego terpaksa membuat rotasi untuk menjaga Celiboy dari diserang oleh Frzz lagi. Manakala Babywww tidak ada gangguan untuk terus farming di dalam hutan.

Pertempuran yang tercetus di kawasan turtle memberikan kelebihan kepada pasukan Geek Fam yang berjaya mendapatkan turtle hasil dari retribution Babywww di saat akhir. Pada waktu yang sama, Celiboy ditarik oleh Zunz yang menggunakan Divine Judgement menyebabkan beliau terkorban.

Alter Ego mendapatkan kembali momentum setelah berjaya mendapatkan turtle yang kedua di samping membunuh Adam yang cuba menghentikan objektif mereka. Keadaan berpihak kepada pasukan Alter Ego kali ini apabila mereka berjaya menumbangkan Renv yang menggunakan Uranus terlebih dahulu di pertempuran yang seterusnya.

Frzz yang cuba masuk untuk membunuh Celiboy berjaya dipatahkan menyebabkan beliau terkorban. Seterusnya Alter Ego terus maju untuk mencari 3 orang lagi ahli pasukan Geek Fam itu. Ahmad yang menggunakan Alice ternyata bermain dengan begitu baik sekali setelah beliau berjaya mengenakan Crowd Control ke atas Babywww dan juga Zunz. Adam yang cuba bertahan seorang diri turut menjadi mangsa dan pasukan Geek Fam hampir wipeout di minit ke-9 permainan.

Pasukan Alter Ego sekali lagi berjaya memenangi pertarungan setelah Celiboy mendapatkan triple kill menumbangkan Babywww, Zunz dan juga Frzz. Kesempatan itu diambil oleh Alter Ego untuk push di bahagian tengah dan atas bagi memusnahkan turret.

Pertarungan di bahagian atas memperlihatkan Ahmad mengawal pasukan Geek Fam dari terus maju ke arah Lord. Frzz yang cuba mendapatkan last hit telah dibunuh oleh Celiboy. Seterusnya Celiboy menggunakan Death Sonata untuk membantu pasukannya memenangi perlawanan tersebut. Pasukan Geek Fam kemudiannya wipeout dan Alter Ego berjaya mendapatkan kemenangan kedua mereka. Ahmad layak menjad MVP bagi kedua-dua perlawanan kali ini setelah prestasi yang ditunjukkan oleh beliau dalam menggunakan Benedetta dan Alice berjaya membuatkan Geek Fam tersungkur.

RELATED NEWS

+