MPL Indonesia: BTR berjaya mengawal Sang Harimau Putih, mara ke Grand Final

Bigetron Alpha maju ke Grand Final MPL ID musim ketujuh selepas menewaskan EVOS Legends, 2-1 sebentar tadi.

PERLAWANAN KEDUA

Meskipun EVOS Legends menggunakan meta Diggie feeder untuk menghadapi BTR, BTR langsung tidak gentar untuk mematahkan serangan itu.

Pada awal permainan, Rekt sudah mula menganggu Branz untuk farming di dalam jungle, akan tetapi Branz telah dibantu oleh Kyy dan Renbo bagi memulihkan keadaan.

Sementara itu Ferxiic terus mendapat kelebihan dari gangguan yang dilakukan oleh Rekt. Beliau berjaya mendapatkan turtle pada minit ke 2 seterusnya mendahlui Branz dari segi perbezaan level.

Pada minit ke 7, meta Diggie feeder mula menunjukkan hasilnya apabila Ferxiic telah mencapai level 11 manakala Branz hanya level 9. Akan tetapi kesilapan Ferxiic pada minit ke 8 menyebabkan dirinya terkorban dan Branz berhasil mendapatkan triple kill.

Ahkir sekali, setelah berjaya menumbangkan kesemua ahli pasukan EVOS Legends di Lord Pit, BTR berjaya mendapatkan kemenangan dengan Branz berjaya mendapatkan maniac.

PERLAWANAN KETIGA

Pasukan BTR dilihat bermain dengan sangat agresif pada minit awal permainan, Branz dan Kyy berjaya mengurangkan nyawa Luminaire yang menggunakan Pharsa.

Setelah Luminaire berada di dalam posisi defensive, mereka menggunakan peluang itu untuk menceroboh jungle pasukan EVOS Legends.

Sementara itu rotasi yang dilakukan oleh Renbo menggunakan Hayabusa berjaya menghentikan Antimage dari terus dominan di dalam lane beliau. Pada minit ke 4 sahaja, Renbo telah mengumpul 3 kill.

BTR terus snowball dan tidak memberikan pasukan EVOS Legends peluang untuk bernafas. Pada minit ke 9, jurang gold antara dua pasukan sudah mencapai 10 ribu.

Keputusan BTR untuk memberikan Branz menggunakan Harley ternyata merupakan idea yang bernas sekali kerana beliau mudah menumbangkan Uranus yang digunakan oleh Antimage.

Lord berjaya diambil dengan mudah oleh pasukan BTR pada minit ke 12 tanpa sebarang gangguan. Pushing bersama Lord berjaya menghancurkan turret di bahagian atas dan tengah pasukan EVOS Legends.

Mereka terus berada di dalam keadaan yang tidak begitu baik untuk menahan asakan demi asakan yang diberikan oleh pasukan BTR.

BTR akhirnya menamatkan permainan dengan enhanced Lord yang menjadi milik mereka tanpa sebarang gangguan pada minit ke 16.

Dengan kemenangan ke atas EVOS Legends, mereka terus layak ke peringkat Grand Final dan akan menunggu juara dari Lower Bracket Final bagi penentuan siapakah yang layak untuk memenangi MPL Indonesia musim ketujuh.

RELATED NEWS

+