PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

MPL Indonesia: BTR dominasi ke atas Aurafire 2-0

PERLAWANAN PERTAMA

Permainan sangat pasif di antara kedua-dua pasukan. Setakat minit ke 9, hanya terdapat 2 kill dari pihak pasukan Aurafire, jurang gold juga tidak banyak berbeza. 

Lord berjaya didapatkan oleh Qeira dari pasukan Aurafire, akan tetapi mereka telah kehilangan 4 orang ahli dari pertarungan tersebut. Rippo berjaya membunuh Vanns yang berada di bahagian bawah. Branz turut melakukan cleanup menggunakan Final Blow dan berjaya mendapatkan triple kill. Namun begitu, Branz yang terlalu konfiden menyebabkan beliau terkorban setelah mengejar Qeira ke arah turret. Qeira telah menggunakan Detona’s Welcome untuk menelan Branz ke arah turret dan disusuli dengan Missile Expert untuk mendapatkan kill. Seterusnya Lord berjaya dibunuh dengan mudah oleh pasukan BTR.

Pertempuran pada minit ke 14 menyebabkan pasukan BTR memiliki kelebihan untuk mereka mendapatkan Lord yang kedua. God1va telah dibunuh terlebih dahulu kerana disekat oleh Popol’s Surprise, seterusnya Vaanstrong dan High yang cuba membantu God1va setelah beliau hidup kembali turut terbunuh. Branz berjaya mendapatkan triple kill dalam pertempuran tersebut. Pushing bersama Lord berjaya menghancurkan dua turret bahagian dalam base Aurafire. Pasukan BTR berjaya mendapatkan kemenangan setelah berhempas pulas selama 23 minit.

PERLAWANAN KEDUA

Pasukan Aurafire mendapat karakter pilihan mereka di permainan kedua ini. Kyy dan juga Renbo telah siap-siap membantu Branz untuk mengurangkan health points purple buff sementara Branz sedang mengambil orange buff. Vaanstrong bermain agak agresif untuk memperlahankan kadar farming Branz. Seterusnya pertarungan di turtle yang pertama menyaksikan mendapatkan last hit menggunakan retribution. Blazing Duet juga dikeluarkan bagi menumbangkan Vanss yang sedikit off side.

Vaanstrong, Facehugger dan Vanss cuba untuk menumbangkan Branz di bahagian atas. Akan tetapi dengan bantuan Angela di dalam tubuh Branz, Branz telah membalas balik serangan tersebut dengan mengeluarkan Blazing Duet. Kyy dan juga Rippo turut datang memberikan bantuan membuatkan Facehugger dan Vanss. Malang sekali buat Branz, beliau turut terkorban. 

Lord yang pertama dimulakan oleh pasukan Aurafire, corak permainan yang sangat menarik ditonjolkan oleh Matt menggunakan Alice. Beliau berjaya mengenakan crowd control ke atas pasukan Aurafire. Sejurus selepas itu, Branz telah menggunakan Blazing Duet untuk melakukan cleanup dan menyebabkan Aurafire telah wipeout. Heartguard + Blazing Duet merupakan salah satu combo yang sangat berkesan untuk digunakan di dalam peperangan berskala besar. BTR kemudiannya push di bahagian atas untuk menamatkan permainan kedua ini.

 

RELATED NEWS

+