MPL Indonesia: BTR terus cemerlang, tumpaskan AuraFire 2-1 dan Savage di akhir permainan

Pasukan BTR setakat ini mempunyai rekod tanpa kalah di dalam 3 perlawanan. Mereka sangat konsisten menghadapi tekanan dari pihak lawan untuk berdisiplin dalam memenangi perlawanan.

PERLAWANAN PERTAMA

Pada awal minit permainan, pasukan Aurafire mempunyai kelebihan apabila Dreams dan Kky pulang ke base, peluang itu terus diambil oleh Vanss untuk mendapatkan turtle yang pertama tanpa sebarang gangguan.

Combo yang dipamerkan oleh Dreams dan juga Kky berhasil untuk membunuh God1va dan juga Vaanstrong dengan dibantu oleh ahli pasukan yang lain. Namun Dreams tidak berhenti membuat kejutan, beliau telah menggunakan flicker untuk mengangkat Vanss ke udara dan seterusnya mendapatkan kill.

Pasukan BTR kemudiannya berjaya mendapatkan Lord tanpa sebarang rusuhan dari Aurafire. Blazing Duet yang ditonjolkan oleh Branz akhirnya menyebabkan Aurafire tidak boleh bertahan dan BTR berjaya mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama.

PERLAWANAN KETIGA

Rotasi yang dilakukan oleh Rippo berjaya mendapatkan pasukan BTR first blood yang dibantu oleh Dreams yang menggunakan Jawhead. Rippo sekali lagi mempamerkan prestasi yang cemerlang apabila beliau mendapat double kill di lane bawah membunuh Kabuki dan juga Vanss.

Kesilapan yang dilakukan oleh Aurafire di turtle telah menyebabkan mereka mempunyai jurang gold yang lebih jauh. Tindakan bijak oleh Rippo zoning pasukan Aurafire menyebabkan dua orang ahli mereka Qeira dan juga god1va tumbang di tangan BTR. 

Branz yang berjaya mendapatkan Savage di saat akhir permainan memusnahkan harapan Aurafire untuk mempertahankan base mereka. Pasukan BTR kini di tempat yang ketiga dengan mata aggregate sebanyak +3.

RELATED NEWS

+