MPL Indonesia: EVOS Ferxiic mempunyai 100% kadar kemenangan sejak dari MDL

Ibarat saing-saing Celiboy, kata netizen, Ferxiic mempunyai bakat semulajadi sebagai pemain profesional Mobile Legends.

Keberadaannya dalam pasukan EVOS Legends bukan saja dilihat terbaik menggantikan posisi Wannn tapi juga beliau punya keserasian yang diraih dalam masa begitu sekejap.

Dalam perlawanan El Clasico ke atas RRQ Hoshi, Ferxiic menyinar dengan peranannya sebagai hyper carry.

Mengikut satu posting dikeluarkan oleh @emak_moba, pemain berusia 16 tahun ini mempunyai 100% kadar kemenangan sejak penglibatannya dalam Liga Pembangunan (MDL) dan kini Liga Profesional (MPL).

Adakah Ferxiic akan diserap masuk terus ke EVOS Legends sehingga MPL Indonesia berakhir? Kita bakal tunggu dan lihat.

Foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+