PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

MPL Indonesia: EVOS Legends mengaum lagi, kali ini Aerowolf dibaham 2-1

PERLAWANAN PERTAMA

Rotasi yang dilakukan oleh Ferxiic dan juga Antimage ternyata mematahkan kemaraan pasukan Genflix Aerowolf ke atas lane masing-masing di minit awal permainan. 

Walaupun begitu, Aerowolf kemudiannya perlahan-lahan mendapatkan kembali momentum untuk farming di dalam peta. Seterusnya pertempuran di Lord yang pertama menyaksikan Aerowolf kehilangan Fredoqt yang cuba zoning Ferxiic yang hampir membunuh Lord. 

Meskipun Lord berjaya diambil oleh Ferxiic yang menggunakan retribution, mereka telah kehilangan 3 orang ahli pasukan yang ditumbangkan oleh Bottle yang menggunakan Brody. Rinazmi yang cuba mengejar Rekt telah dibunuh. Ternyata Angela yang dimainkan oleh Rekt berjaya mengawal Yu Zhong berseorangan.

Selang beberapa minit kemudian, pertempuran yang berlaku di lane tengah mengakibatkan Aerowolf hampir wipeout dari peta. Luminaire yang menggunakan Pharsa bijak membuka ultimate di dalam kawasan yang selamat mengakibatkan pasukan Aerowolf gagal untuk mempertahankan diri mereka. 

Aerowolf yang cuba untuk menghentikan ultimate Luminaire telah diganggu oleh Ferxiic dan Antimage. Fredoqt yang cuba mempertahankan base pasukannya dibunuh begitu sahaja dan permainan terus ditamatkan oleh pasukan EVOS Legends.

Berdasarkan gambar rajah di bawah, Ferxiic sekali lagi menjadi pemain yang terkaya dan memberikan damage yang paling tinggi di dalam permainan ini. Selain itu, Angela juga membantu Rekt mendapatkan assist yang paling banyak sekali, meskipun diasak oleh Aerowolf.

Beliau berjaya menggunakan ultimate untuk masuk ke dalam tubuh Ferxiic, Ferxiic yang mendapat buff dari Angela seolah-olah macam seekor harimau yang sangat garang yang mahu membaham mangsanya.

PERLAWANAN KEDUA

Fredoqt yang cuba menganggu blue buff yang diambil oleh Ferxiic menyebabkan beliau terkorban apabila Rekt dan juga Luminaire datang memberikan bantuan. Seterusnya Ferxiic telah membuat rotasi ke arah lane bawah untuk membunuh Watt. Fredoqt datang untuk memberikan bantuan dan hampir membunuh Ferxiic akan tetapi disekat oleh Clover menggunakan flameshot.

Rinazmi berjaya mengawal Antimage menjadi punca salah satu kelebihan buat Aerowolf, Antimage tidak lagi dapat snowball seperti perlawanan yang pertama. Selain itu, Angela yang digunakan oleh Watt ternyata menjadi kunci kebangkitan Aerowolf.

Setiap kali teamfight tercetus, pasti Angela akan menggunakan ultimate untuk memasuki badan Bottle, Blazing Duet  di buff oleh Angela ternyata memberikan impak yang besar sekali buat EVOS Legends. Mereka tidak mempunyai jawapan untuk mengatasi combo itu.

Pada minit ke-14, Aerowolf telah merempuh masuk ke arah base EVOS Legends. Tanpa bantuan Lord, mereka tetap berjaya menumbangkan kesemua ahli pasukan EVOS Legends seterusnya mendapatkan kemenangan mereka untuk perlawanan kedua.

Bottle menunjukkan semangat beliau untuk menang apabila berhadapan dengan EVOS Legends. Merupakan pemain yang terkaya dan mempunyai assist yang terbanyak di dalam perlawanan kedua ini. Hasil dari keputusan Aerowolf memenangi perlawanan ini bermakna mereka adalah pasukan yang pertama yang berjaya memecahkan rekod tanpa kalah Ferxiic sebelum ini.

PERLAWANAN KETIGA

Luminaire dan Rekt memulakan perlawanan dengan menganggu blue buff yang sedang diambil oleh Bottle, Clay yang cuba mempertahankan rakan sepasukannya hampir terkorban. Bottle yang sedikit ke depan tidak menyangka damage yang dikeluarkan oleh Angela mampu untuk menurunkan nyawanya dengan cepat seterusnya menyebabkan beliau terkorban.

EVOS legends yang menggunakan taktif dua support draft ternyata memberikan mereka kelebihan untuk mengawal peta, Ferxiic diberikan farming sesuka hati beliau dan Bottle pula masih tersangkut gara-gara asakan dari Luminaire dan juga Rekt.

Selain itu, Antimage pula sering melakukan rotasi di lane tengah, memaksa Aerowolf untuk mengeluarkan skill terhadap beliau namun tetap tidak berjaya. Ternyata Uranus yang dimainkan oleh beliau sangat keras dan sukar untuk ditumbangkan.

Di samping itu, 3 turtle berjaya diambil oleh Ferxiic tanpa sebarang gangguan, ini memberikan kelebihan level yang banyak kepada pasukan EVOS. Pada minit ke-10, Ferxiic dan Clover mengambil Lord dengan mudah, tidak ada sebarang tindakan yang dilakukan oleh Aerowolf untuk menggagalkan perkara itu.

Walaupun Lord sudah tumbang di turret tengah, sang harimau putih masih terus maju untuk pushing ke arah base Aerowolf. Aerowolf yang ketinggalan level tidak dapat berbuat apa-apa dan harus menyerahkan kemenangan kepada EVOS Legends.

RELATED NEWS

+