MPL Indonesia: EVOS Legends tundukkan Sang Raja 2-0

El Clasico di antara pasukan EVOS Legends dan RRQ sememangnya permainan yang wajib ditonton. Namun pada kali ini, Lemon tidak bermain untuk pasukan RRQ buat pertama kalinya di dalam El Clasico.

 

PERLAWANAN PERTAMA

Pada saat awal permainan, RRQ telah menguasai permainan. Mereka dilihat berjaya memenangi setiap lane musuh dan mendapatkan turtle yang pertama. Pyschooo yang sering membuat rotasi berjaya memberikan kelebihan kepada pasukan RRQ sehingga pada minit keenam.

Seterusnya, ultimate yang ditonjolkan oleh Luminaire berjaya membuatkan pasukan EVOS Legends comeback ke dalam perlawanan. Satu demi satu kill mereka perolehi untuk merapatkan jurang gold yang telah ketinggalan sebanyak 3,000 pada awalnya.

Antimage yang bijak flank pasukan RRQ memberikan pasukannya peluang untuk push turret di tengah. Selain itu, Ferxiic yang sudah lama farming kini menunjukkan kelebihannya. Blazing Duet yang dilakukan berjaya mendapatkan kill demi kill.

Pushing bersama Lord yang pertama berjaya memusnahkan kesemua turret Sang Raja. Pertahanan RRQ yang akhirnya merosot menyebabkan mereka tidak dapat mempertahankan base mereka seterusnya memberikan kemenangan kepada EVOS Legends.

PERLAWANAN KEDUA

EVOS Legends memberikan kepercayaan kepada Rekt untuk memilih Angela. Pada awal permainan, Angela tidak memberikan ancaman kepada Sang Raja sebaliknya mereka mengawal permainan.

Seterusnya, Luminaire sangat menonjol dengan melakukan rotasi untuk memberikan Ferxiic peluang untuk farming. Ferxiic menggunakan peluang itu sebaiknya untuk mendapatkan turtle dan Lord pertama mereka. 

Sang Raja yang menyedari keadaan tersebut tidak dapat berbuat apa sebaliknya pasukan mereka wipeout ketika cuba untuk mempertahankan pushing dari Lord yang pertama. EVOS Legends menang mudah permainan kedua yang berdurasi hanya 11 minit.

RELATED NEWS

+