MPL Indonesia: Ferxiic menyerlah, 2-0 Onic Esports

Ferxiic yang dibawa masuk oleh EVOS Legends dari pasukan EVOS Icon telah memberikan mereka kemenangan ke atas Onic Esports 2-0. Pemain yang berusia 16 tahun itu benar-benar membuktikan bahawa beliau layak untuk mengambil posisi Wannn yang telah berhenti bermain secara kompetitif baru-baru ini.

PERLAWANAN PERTAMA

Ferxiic sangat selesa menggunakan Benedetta. Boleh dikatakan beliau menggunakan hero tersebut dengan potensi yang penuh. Mendapat kill demi kill menyebabkan Onic Esports tidak dapat berbuat apa-apa.

Selain itu, Clover juga cemerlang menggunakan Wan-Wan. Beliau bijak mengaktifkan ultimate untuk membunuh pasukan Onic Esports. EVOS Legends mendapat kemenangan mudah di perlawanan pertama.

PERLAWANAN KEDUA

Pada perlawanan kedua, Butsss yang menggunakan Uranus sering mendapatkan kill untuk pasukannya. Memberikan asakan di mana sahaja beliau berada, EVOS Legends dilihat tidak mempunyai jawapan untuk mengekang Onic Esports mengawal permainan.

Namun begitu, keadaan mula berubah apabila Antimage sering kali mendapatkan kill di back lane. Meskipun dikejar oleh ahli pasukan Onic Esports yang lain, beliau sering dapat melepaskan diri.

Apabila tiba Lord yang kedua, pasukan EVOS Legends terus maju merusuh ke arah base Onic Esports. Onic yang tidak mempunyai strategi untuk mempertahankan base mereka lagi akhirnya tewas di tangan EVOS Legends.

RELATED NEWS

+