PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

MPL Indonesia: Kali ini giliran EVOS Legends kena bantai. 0-2 Genflix Aerowolf

PERLAWANAN PERTAMA

First Blood berjaya didapatkan Ferxiic di atas rotasi yang dilakukan oleh beliau setelah mendapatkan purple buff dan orange buff. Ferxiic dibantu oleh Rekt, Luminaire dan Antimage untuk turut menumbangkan Bottle dan juga Clay. Seterusnya EVOS Legends terus mengambil peluang itu untuk mendapatkan turtle yang pertama. Skill yang ditunjukkan oleh Ferxiic sebagai Ling sangat lincah, beliau berjaya melepaskan diri setiap kali melakukan rotasi ke atas pihak lawan.

Pertarungan pada minit ke 8 telah memberikan peluang untuk Aerowolf bernafas setelah menerima asakan demi asakan dari pihak EVOS Legends. Rinazmi yang menggunakan Alice bijak untuk menangkap Rekt dan juga Luminaire. Karakter ini juga menjadi penyebab kemenangan Aerowolf ke atas Onic Esports semalam. Permainan yang sangat luar biasa ditonjolkan oleh beliau. Akan tetapi, EVOS Legends tidak mudah mengalah begitu sahaja, mereka melakukan serangan balas terhadap Aerowolf dengan gandingan Clover dan Ferxiic yang mampu menumbangkan 4 orang ahli pasukan Genflix Aerowolf.

Lord yang pertama berjaya diambil oleh EVOS Legends setelah Ferxiic berjaya menganggu Aerowolf untuk gagalkan usaha mereka untuk bersaing mendapatkan Lord. Pushing bersama Lord di bahagian atas lane berjaya menghancurkan turret di bahagian dalam.  Seterusnya pada minit ke 14, Aerowolf telah berjaya menumbangkan Ferxiic, Clover dan juga Luminaire di dalam pertarungan yang sengit itu. Ferxiic berjaya dibunuh pada awal pertarungan menyebabkan EVOS Legends kekurangan damage per second. Peluang itu terus diambil oleh Genflix Aerowolf untuk membuat comeback dan mendapatkan Lord yang kedua.

Genflix Aerowolf mengambil keputusan untuk melakukan pushing dari bahagian bawah dan berjaya membunuh Ferxiic yang terlalu yakin dengan kemahiran beliau. Seterusnya Aerowolf berjaya menghancurkan kesemua turret di bahagian dalam base EVOS Legends. Satu kesilapan yang sangat merugikan buat EVOS Legends. Pertarungan di Lord yang ketiga menyebabkan Antimage dan Rekt terkorban, Aerowolf terus maju ke arah base Sang Harimau Putih untuk mendapatkan kemenangan yang pertama akan tetapi tidak berjaya setelah Fredoqt dan Rinazmi ditumbangkan. Permainan diteruskan dengan permainan yang pasif sehingga saat Lord yang terakhir berjaya didapatkan oleh pasukan Aerowolf setelah timing retribution yang digunakan sangat tepat. Aerowolf kemudiannya memenangi perlawanan yang pertama.

PERLAWANAN KEDUA

Situasi pada awal permainan perlawanan kedua ini dilihat sangat mirip dengan perlawanan yang pertama sebelum ini. EVOS Legends terus mendominasi pada awal permainan dengan kill score yang diperolehi sebanyak enam pada minit ke 3. Emblem assassin yang digunakan oleh Rekt memberikan Jawhead beliau cukup damage untuk mendapatkan kill demi kill ke atas Zhask yang dimainkan oleh Watt.

Sang Serigala mula menujukkan taringnya dengan membalas asakan dari EVOS Legends, rotasi demi rotasi dilakukan untuk mula menguasai peta kali ini. EVOS Legends membuat banyak kesilapan pada permainan kedua ini, pertarungan di tengah-tengah lane pada minit ke 8 menyaksikan Ferxiic terlalu yakin dengan Blazing Duet dan terus ditumbangkan sebelum sempat kembali kepada shadow nya. Antimage dan Clover yang cuba membantunya turut terkorban.

Aerowolf terus mengasak EVOS Legends untuk mendapatkan Lord yang pertama. EVOS legends sedar tentang kekurangan mereka untuk memenangi perlawanan lalu menyerahkan sahaja Lord kepada Aerowolf. Pertarungan pada minit ke 12 menunjukkan Holy Healing yang digunakan oleh Fredoqt sangat membantu dan berjaya menyelamatkan Bottle dari dibunuh. Genflix Aerowolf terus maju untuk menghancurkan turret di bahagian atas dan tengah. Circling Eagle yang digunakan oleh Clay di saat akhir berjaya menumbangkan Ferxiic seterusnya memberikan kemenangan kepada pasukan Genflix Aerowolf.

Ternyata pasukan Aerowolf mula menunjukkan taringnya setelah berjaya mengalahkan pasukan gergasi Indonesia. Alter Ego, Onic Esports dan sekarang giliran Sang Harimau Putih EVOS Legends pula menjadi mangsa. Adakah Aerowolf mampu untuk mengekalkan momentum ini sehingga ke peringkat playoff? Kita bakal saksikan.

 

RELATED NEWS

+