MPL Indonesia: Leomurphy mahu BTR bagi cabaran buat Alter Ego

Keputusan Alter Ego mengekalkan pemain mereka untuk kejohanan MPL Indonesia musim ketujuh ini telah menampakkan hasilnya. Mereka mempunyai rekod kemenangan tanpa kalah setakat minggu kedua perlawanan. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Pertarungan pada kali ini akan diuji kerana pasukan BTR merupakan rival mereka semenjak musim keempat MPL Indonesia ini berlangsung.

Pemain posisi Tank “Leomurphy” berkata perlawanan di antara mereka dengan pasukan BTR haruslah sengit dan mencabar, ini kerana para penonton akan lebih gemar menontonnya.

Beliau berasa yakin dengan kebolehan pasukannya untuk bermain bagi musim kali ini kerana mereka sangat fokus.

Mampukah pasukan Alter Ego mengekalkan momentum mereka pada kali ini? Kita akan dapat saksikan perlawanan yang cukup sengit ini pada hari sabtu ini pada jam 3.30 petang waktu Malaysia. 

RELATED NEWS

+