MPL Indonesia menjadi pertandingan paling popular di bulan September

MPL Indonesia mempunyai ramai pentonton di negara sendiri dan juga jiran tetangga seperti Malaysia dan Filipina. Mereka juga mengikuti perkembangan pasukan-pasukan dari Indonesia ini oleh kerana mereka pernah menjadi juara dunia di M1 sebelum ini.

Selain itu, MPL Indonesia juga sudah rasmi menjadi francais liga MPL dari Moonton beberapa tempoh yang lalu. Moonton melihat komuniti MLBB di Indonesia sangat besar dan mereka mengambil keputusan untuk melebarkan sayap mereka di Indonesia dengan secepat yang mungkin.

Kini, MPL Indonesia musim kelapan kembali ke carta pertama di dalam kategori penonton paling banyak (1.1 juta). Carta ini dikeluarkan oleh Esports Charts dan MPL ID berjaya menewaskan pertandingan VALORANT di Berlin yang mempunyai 811 ribu penonton.

Jumlah penonton itu berjaya didapatkan semasa perlawanan RRQ Hoshi menentang Alter Ego. Seperti kita sedia maklum, kedua-dua pasukan mempunyai peminat yang sangat ramai terutamanya RRQ Hoshi. 

Jika trend ini berterusan, kita pasti akan dapat lihat lebih ramai penonton sewaktu perlawanan akhir kejohanan dunia M3 kelak.

Foto: Esports Charts

RELATED NEWS

+