PERLAWANAN KEDUA"> PERLAWANAN KEDUA" /> PERLAWANAN KEDUA" />

MPL Indonesia: Meta “GH” tidak menjadi, Celiboy kena shutdown berkali-kali

PERLAWANAN KEDUA

Perlawanan kedua dimulakan dengan aksi 3 lawan 3 di lane tengah, Celiboy yang menerima damage yang tinggi dari Paquito menyebabkan beliau menjadi mangsa first blood. Aerowolf terus mendominasi kadar farming setelah berjaya mendapatkan turtle yang kedua oleh Watt. Pertempuran di turtle tersebut melihatkan Celiboy telah berjaya clutch membunuh Fredoqt yang cuba mengejarnya.

Lord yang pertama berjaya didapatkan oleh pasukan Aerowolf hasil daripada damage yang dikeluarkan dari Blazing Duet. Selain itu, Fredoqt dan juga Clay bijak mengawal Celiboy dari memasuki pertarungan tersebut. Celiboy yang cuba melarikan diri menyebabkan beliau terkorban setelah Bravo turut serta dalam cubaan untuk membunuhnya. Di samping itu juga Leomurphy dan juga Pai turut menjadi mangsa di dalam pertarungan itu. 

Kesilapan demi kesilapan terus dilakukan oleh Alter Ego di mana Ahmad tidak dapat mengawal emosinya untuk mengejar Watt di turret. Watt ternyata mampu memberikan burst damage yang tinggi menyebabkan Ahmad terkorban. Udil yang berang dengan kejadian itu turut menggunakan Circling Eagle bagi membunuh Watt di turret namun tidak berjaya. Hasil dari pertarungan tersebut menyebabkan Alter Ego telah wipeout. 

Pertarungan terakhir yang berlaku sewaktu pushing di bahagian tengah turret menyebabkan Alter Ego kehilangan 4 orang ahli. Ini kerana Watt telah mengeluarkan Deadly Catch dan Crab Claw Cannon yang ternyata memberikan damage yang sangat tinggi kepada musuh. Selain itu, hasil tangkapan Clay menggunakan Imperial Justice berjaya menghentikan pergerakan Ahmad. Udil dan Celiboy yang cuba mempertahankan base tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

PERLAWANAN KETIGA

First Blood berjaya didapatkan pasukan Aerowolf hasil daripada duo Clay dan juga Fredoqt yang berjaya membunuh Leomurphy. Seterusnya, Fredoqt terus menganggu Celiboy untuk mendapatkan purple buff yang sangat diperlukan oleh seorang Ling. Menyedari keadaan itu, Leomurphy yang telah hidup kembali dan juga Ahmad dipaksa turun untuk menghulurkan bantuan namun begitu hasil kerjasama yang hebat dari pasukan Aerowolf menyebabkan Ahmad dan Leomurphy menjadi korban.

Aerowolf terus mendominasi permainan dengan mengagalkan Celiboy untuk snowball pasukan mereka. Celiboy sering membuat kesilapan di dalam perlawanan kedua ini dan menyebabkan kadar farmingnya makin perlahan. Di samping itu, pasukan Alter Ego yang lain tidak dapat untuk mengawal permainan tersebut gara-gara kerap tewas di dalam teamfight yang tercetus. Mereka tidak mempunyai jawapan untuk menghadapi asakan dari Selena dan juga Pharsa yang sangat cemerlang tiap kali rotasi dilakukan.

Lord pertama berjaya diambil oleh pasukan Aerowolf pada minit ke 10 tanpa sebarang gangguan berikutan pasukan Alter Ego telah wipeout dari peta. Seterusnya Aerowolf telah pushing bersama Lord yang datang dari bahagian bawah. Alter Ego yang cuba mempertahankan base mereka sememangnya tidak mampu menahan damage yang dikeluarkan oleh Watt, Bottle dan juga Clay. Aerowolf berjaya melakukan upset ke atas Alter Ego yang menggunakan meta “gaming house” seperti dikatakan ramai peminat.

RELATED NEWS

+