MPL Indonesia musim kelapan akan bermula tidak lama lagi, roster lock sudah pun berlaku?

MPL Indonesia adalah kejohanan yang paling besar di dalam negara itu. EVOS Legends sudah memperoleh gelaran juara bagi musim ketujuh dengan menewaskan pasukan BTR. Kini kejohanan itu akan kembali dengan musim kelapan.

MPL Indonesia musim kelapan dijangka akan bermula pada Ogos ini. Segala persiapan sudah pun dilakukan bagi menempuh perlawanan di acara berprestij ini. Pasukan-pasukan terbesar Indonesia sudahpun melakukan ujian bagi pemain baru untuk dinilai sama ada layak atau pun tidak untuk bermain di dalam skuad utama.

Kejohanan ini juga akan menentukan dua pasukan dari Indonesia untuk bertanding di dalam kejohanan dunia M3. Beberapa pasukan sudah mendedahkan roster mereka antaranya RRQ Hoshi, mereka sudah memperkenalkan tiga pemain untuk musim kelapan iaitu Alberttt, Clay dan Psychoo.

Selain itu, BTR juga sudah membawa masuk Bottle, jaguh handalan dari Genflix Aerowolf. Berikutan dari sesi media day oleh MPL Indonesia dari akaun media sosial Instagram mereka, penguncian roster mungkin sudah terjadi.

Faktor ini diperkuatkan oleh kerana beberapa pasukan sudah membuat pengumuman pemain baru mereka. 

Jika perkara ini terjadi, ia pasti menarik untuk melihat bagaimana pasukan-pasukan terbesar Indonesia memperlihatkan seluruh skuad utama mereka. Antaranya ialah EVOS Legends dan ONIC Esports yang dijangka akan membuat perubahan yang besar bagi merangkul gelaran juara kali ini.

Jangan lupa topup Diamonds di link ini.

RELATED NEWS

+