MPL Indonesia musim kelapan akan bersiaran langsung pada Jumaat ini

Kosongkan jadual hari minggu anda pada minggu ini kerana MPL Indonesia musim kelapan akan berlangsung pada hari Jumaat 13 Ogos ini!

MPL Indonesia menyaksikan lapan pasukan akan bertanding di peringkat liga bagi mengumpul mata untuk melayakkan diri mereka ke peringkat playoff. Juara untuk musim ini akan mendapat wang hadiah lumayan berjumlah AS$300,000 (RM1,265,700) berserta slot ke kejohanan dunia, M3 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Di antara 10 pasukan ini, terdapat satu pencabar baru Rebellion Genflix yang berjaya mendapatkan slot selepas menyakinkan Genflix untuk bekerjasama dengan mereka. Perlawanan pembukaan pada jam 4 petang menyaksikan pencabar baru ini menentang naib juara musim ketujuh, BTR.

Perlawanan kedua yang akan bermula pada jam 6.30 petang menyaksikan Geek Fam bertemu dengan Sang Raja, RRQ Hoshi. Manakala pada hari keesokannya (Sabtu) akan ada perlawanan Onic Esports menentang Rebellion Genflix pada jam 2 petang dan dua lagi perlawanan seterusnya adalah Alter Ego menentang Geek Fam dan perlawanan yang dinanti-nantikan El Classico, BTR menentang EVOS Legends.

Hari terakhir di minggu 1 menampilkan EVOS Legends menentang Aura Fire dan Alter Ego bertemu dengan RRQ Hoshi.

Peringkat liga ini akan berlangsung selama lapan minggu dan mata yang dikumpul sepanjang peringkat itu akan menentukan kedudukan pasukan ini di peringkat playoff. Dua pasukan yang tercorot akan tersingkir dari bermain di peringkat playoff manakala enam pasukan teratas akan merebut peluang untuk bermain di upper bracket.

Pasukan manakah yang menjadi kegemaran anda? Adakah juara musim lepas, EVOS Legends bakal mempertahankan kedudukan mereka sebagai juara bertahan atau mungkin pencabar baru Rebellion Genflix akan memberikan kejutan untuk kita semua. Kita bakal saksikan pada jumaat ini!

RELATED NEWS

+