MPL Indonesia: Pai positif Covid-19, Alter Ego menang guna meta ‘gaming house’?

Pemain Alter Ego Esports, Rafly Alvareza Sudrajat atau Pai dikatakan positif COVID-19 selepas dilihat tidak bermain di satu lokasi sama dengan ahli pasukannya yang lain.

Dalam perlawanan ke atas Geek Fam semalam yang mana Alter Ego berjaya raih 2-0, Pai tidak bersama empat lagi pemain, Udil, Celiboy, Ahmad dan Leomurphy yang bermain di gaming house.

Malah, kelibat jurulatih, Nasi Uduk juga kelihatan bagi memberikan saranan strategi dan penggunaan hero yang sesuai.

Terdahulu, Alter Ego mengumumkan salah seorang pemain mereka positif COVID-19 positif dan sesuai dengan peraturan dari MPL Indonesia, kesemua mereka perlu bermain di gaming house dan tidak boleh hadir ke studio bagi tujuan keselamatan dan kesihatan krew lain yang terlibat dalam acara.

 

Semestinya, ini satu langkah yang profesional daripada organisasi e-sukan dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sebelum ini, Alter Ego struggle dengan patch baharu dan tewas di tangan EVOS serta Onic. 

Kali ini, mereka menang ke atas Geek Fam. Nak tahu apa yang terjadi dalam perlawanan tersebut? Baca artikel ini.

RELATED NEWS

+