MPL Indonesia: Persiapan EVOS Legends masih belum 100%, tunggu Zeys

EVOS Legends merupakan pasukan yang dinantikan oleh peminat untuk meraih juara bagi kejohanan MPL Indonesia musim ketujuh nanti.

Sejak menjadi juara untuk kejohanan dunia, M1, banyak kali terjadi perubahan roster di dalam pasukan tersebut namun masih tidak dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Demi menebus kekalahan demi kekalahan, pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk membawa masuk barisan pemain bintang iaitu Wannn, REKT, Luminaire, LJ, dan Antimage. Mereka ini merupakan bekas juara MPL yang terdahulu.

Namun, situasi dalaman EVOS Legends tidak sebaik itu. Menurut wawancara ONE Esports, Clover mengatakan bahawa persiapan pasukan masih belum mencapai 100 peratus.

“Kami masih banyak mencuba, mengatur strategi, jadi belum 100% persiapannya. Salah satu alasan untuk mereka bereksperimen di dalam permainan adalah Zeys belum berada di sini. Tapi tak lama lagi dia akan datang,” ujarnya.

Sejak melatih pasukan EVOS SG di Singapura, Zeys memang belum pulang ke Indonesia. Beliau sempat berkata kepada ONE Esports bahawa dia akan kembali pada 17 Mac. Kemungkinan saat ini beliau masih dalam proses kuarantin.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Mungkin dengan barisan pemain bintang yang dibawa masuk akan mengubah nasib mereka lalu menjuarai kejohanan MPL Indonesia musim ketujuh. Kita saksikan.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+