MPL Indonesia: RRQ kedua tercorot setakat minggu ketiga, di manakah Lemon?

Pasukan Mobile Legends Indonesia, RRQ Hoshi berada di kedudukan kedua tercorot di Liga Profesional (MPL Indonesia) musim ketujuh setakat minggu ketiga. Apa yang jadi kepada pasukan kebanggaan negara seberang ini?

Kalau dilihat dari segi pemilihan pemain, hyper carry mereka, Xinn tidak bermain dan berehat pada musim ini. Ia sudah diumumkan sebelum roster lock lagi.

Keduanya, Lemon masih belum membuat kemunculan sehingga sekarang. Sudah tiga minggu tapi pemain tunjang RRQ itu tidak muncul-muncul.

Sesudah itu, mereka El Clasico dengan EVOS Legends pada minggu lalu. Kehadiran ‘bocah ajaib’ Ferxiic berjaya mengembalikan kekuatan EVOS dan menumbangkan RRQ 2-0.

Adakah RRQ bakal menunjukkan Lemon pada minggu keempat? ataupun mereka masih sulit mencari penyelesaian pada pemilihan pemain? Kita tunggu dan lihat.

RELATED NEWS

+