MPL Indonesia: Sang Raja jaga Alberttt, dominasi Onic Esports 2-0

Perlawanan Sang Raja dan Onic Esports pasti menjadi taruhan peminat, kita akan dapat saksikan mampukah Sang Raja menebus kekalahan di minggu ke 2 yang lalu. 

PERLAWANAN PERTAMA

Di awal permainan, Sang Raja sudah mula bermain angresif untuk menghentikan Onic Esports dari memenangi lane. Alberttt dilihat melakukan rotasi ke arah bawah dan bertembung dengan Sanz. Bantuan yang diberikan oleh R7 mampu untuk Alberttt mendapatkan first blood.

Di mana sahaja Alberttt melakukan rotasi, pasti akan ada mangsa yang akan dapat dibunuhnya. Selepas Sanz dibunuh di lane bawah, giliran CW dan Kiboy pula yang menjadi mangsa di lane atas. Follow up yang dilakukan oleh Sang Raja nampaknya lebih kemas kali ini, ibarat mereka sudah punyai keserasian antara satu sama lain.

Gambar rajah di atas menyaksikan Alberttt sangat lincah menggunakan Benedetta, Onic Esports tidak mempunyai jawapan untuk shutdown Alberttt yang sedang mendominasi pasukan itu.

Melihat pada situasi di atas, Sang Raja berjaya menamatkan riwayat Sanz yang tersalah posisi di bahagian purple buff itu. Drian yang cuba memberikan bantuan turut dibunuh. Peluang itu terus diambil oleh Sang Raja untuk mendapatkan Lord yang pertama. Pushing bersama Lord berjaya menghancurkan turret di bahagian atas Onic Esports.

Pertarungan di Lord yang kedua membuatkan Skylar dan Alberttt berhenti memukul Lord untuk bersama dengan pasukan yang lain menumbangkan Onic Esports. R7 memulakan perlawanan tersebut dengan melakukan Knockout Strike ke atas Kiboy. Susulan daripada itu, Vynn cuba flank dari arah belakang dan Skylar telah mengeluarkan Blazing Duet yang mengenai 4 orang ahli pasukan Onic Esports. Selain itu, Alberttt melakukan finishing blow ke atas Sanz dan mereka menggunakan peluang itu untuk mengambil Lord.

Seterusnya Onic Esports tidak mampu untuk menahan asakan dari enhanced Lord dan RRQ Hoshi. Mereka terpaksa memberikan kemenangan kepada Sang Raja untuk permainan yang pertama. Ternyata patch baru dilancarkan oleh Moonton sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap keputusan perlawanan ini ataupun adakah Sang Raja sudah menemukan solusi bagi isu keserasian pasukan ini pada minggu awal permainan akibat perubahan roster sebelum ini.

PERLAWANAN KEDUA

Kedua-dua pasukan bermain agak pasif pada 2 minit awal permainan. Akan tetapi apabila tiba saat turtle pertama keluar, Sanz berjaya mengambil turtle yang pertama meskipun diganggu oleh Sang Raja. Seterusnya first blood berjaya didapatkan oleh pasukan Onic Esports ke atas Vynnn yang sedikit kedepan di dalam jungle untuk mendapatkan vision bagi pasukannya.

Sang Raja mengubah keadaan yang tidak berpihak pada mereka itu dengan pertempuran di bahagian atas lane. Mereka berjaya menumbangkan Sanz, CW dan juga Butsss hasil daripada Pyschoo dan Vynnn yang menjadi mangsa. Turtle kemudiannya diambil oleh pasukan RRQ Hoshi.

Sang Raja kemudiannya fokus untuk pushing di bahagian bawah lane pada minit ke 7. Mereka berjaya mendapatkan turret tersebut serta menumbangkan CW hasil dari tendangan Alberttt yang cukup menyakitkan. Bermula pada saat itu, Sang Raja sudah mempunyai cukup ruang untuk menguasai peta. Mereka mengambil kesemua buff milik Onic Esports.

Alberttt telah berjaya solo kill Butsss yang sedang farming di arah top lane. Damage yang dikeluarkan sangat tinggi untuk membuatkan Butsss tidak sempat untuk menggunakan Raging Sandstorm. Peluang itu diambil oleh Alberttt untuk membunuh Lord yang pertama. Akan tetapi, pushing bersama Lord tidak dapat menghancurkan turret di bahagian dalam gara-gara asakan dari Feathered Air Strike. 

Sehingga minit ke 14, kedua-dua pasukan dilihat sangat berhati-hati untuk membuat sebarang langkah dan bermain sangat pasif. Lord yang kedua muncul pada minit ke 15 dan berjaya didapatkan oleh Sang Raja meskipun diganggu oleh pasukan Onic Esports. Di dalam pertarungan tersebut, RRQ Hoshi telah kehilangan Psychooo dan Skylar manakala Onic Esports hanya kehilangan Sanz.

Pada minit ke 20 sewaktu pertarungan di Lord yang ketiga, Skylar yang menggunakan Chou berjaya menendang Sanz menggunakan The Way of  Dragon. Selain itu, Alberttt pula terus menendang CW dan mereka meneruskan rancangan mereka untuk memenangi perlawanan.

Lord dibiarkan begitu sahaja dan RRQ Hoshi perlu clearkan minion di bahagian tengah. Namun begitu sewaktu mereka berbuat demikian, R7 terlalu konfiden dan terus ditarik oleh Kiboy menggunakan Divine Judgement dan dibunuh terus oleh pasukan Onic Esports. Menyedari keadaan itu, RRQ Hoshi telah mengubah rancangan lalu mengambil Lord yang ketiga.

Butsss yang cuba untuk menggagalkan rancangan Sang Raja itu telah dibunuh oleh Alberttt menyebabkan Onic Esports tidak mempunyai cukup ahli untuk bertahan di saat akhir ini. Pushing bersama Lord yang terakhir berjaya memberikan kemenangan buat pasukan Sang Raja untuk perlawanan kedua. 

RELATED NEWS

+