MPL Indonesia: Sang Raja masih bergelar raja, Geek Fam ditewaskan dengan mudah 2-0

Untuk memudahkan para pembaca, penulis ingin berkongsi hero yang digunakan oleh setiap pemain pada perlawanan pertama:

GEEK FAM

  • RenV – Jawhead
  • Dilann – Ruby
  • Babywww – Harley
  • Adam – Carmilla
  • Frzz – Kagura

RRQ HOSHI

  • Alberttt- Ling
  • Vynnn – Angela
  • Skylar – Kaja
  • R7 – Chou
  • Clayyy – Saber

PERLAWANAN PERTAMA

Sang Raja RRQ Hoshi kini membawa Clayy yang baru direkrut baru-baru ini untuk musim kelapan. First blood berjaya didapatkan oleh RRQ Hoshi setelah pertarungan pada minit pertama terjadi. Turtle berjaya diambil oleh pasukan Geek Fam selepas merampasnya dari RRQ Hoshi, namun begitu, mereka tetap kehilangan 2 orang ahli pasukan dari pertarungan itu apabila Alberttt mengganas dengan bantuan Angela berada di dalam tubuhnya.

Turtle kedua juga berjaya diambil pasukan RRQ selepas menumbangkan Adam dan Frzz. Renv yang cuba membuka peta juga dibunuh, manakala Dilann yang cuba mempertahankan turret di bahagian atas sudah terkorban akan tetapi Clayyy juga menerima akibat yang sama. Pertarungan demi pertarungan berlaku selama 6 minit perlawanan. RRQ Hoshi sekali lagi membedal Geek Fam di lane tengah mengakibatkan pasukan itu wiped out dari peta.

Ini memberikan RRQ Hoshi ruang untuk farming dan mendapatkan objektif seterusnya. Geek Fam sekali lagi kehilangan semua ahli pasukan pada minit ke-9 selepas Alberttt mengganas dengan bantuan Vynnn yang berada di dalam tubuhnya, Geek Fam tidak mempunyai jawapan untuk counter permainan yang ditonjolkan oleh RRQ Hoshi.

Geek Fam berjaya mengambil Lord pada minit ke-13 tanpa sebarang gangguan, RRQ Hoshi seolah-olah sengaja memberikan Geek Fam mengambil Lord. Namun begitu, Geek Fam tidak menyangka keputusan mereka itu menyebabkan mereka wiped out kali ke-3 selepas RRQ Hoshi menyerang hendap mereka berlima. Lord yang berjaya diambil tidak memberikan apa-apa kelebihan buat Geek Fam kali ini. Sang Raja kemudiannya menamatkan perlawanan pada minit ke-14.

Untuk memudahkan para pembaca, penulis ingin berkongsi hero yang digunakan oleh setiap pemain pada perlawanan kedua:

GEEK FAM

  • RenV – Chou
  • Dilann – Ruby
  • Babywww – Lunox
  • Adam – Benedetta
  • Frzz – Pharsa

RRQ HOSHI

  • Alberttt- Granger
  • Vynnn – Rafaela
  • Skylar – Alice
  • R7 – X.Borg
  • Clayyy – Popol and Kupa

PERLAWANAN KEDUA

Minit awal permainan menyaksikan Vynn ditumbangkan oleh Frzzz selepas beliau cuba menggangu Lunox yang mengambil purple buff. Turtle pertama berjaya diambil oleh Geek Fam akan tetapi Babyww yang baru sahaja mendapat buff dari turtle sudah terkorban dan Adam juga mengikuti jejak langkah rakan sepasukannya. Kedua-dua kill itu berjaya didapatkan oleh Alberttt. Geek Fam membalas dendam dengan menumbangkan Clayyy, Vynn dan juga Albertt yang cuba merampas purple buff mereka. 

Kedua-dua pasukan mempunyai kadar farming yang lebih kurang sama pada minit ke-6, RRQ Hoshi berjaya mengubah situasi itu apabila turtle ketiga berjaya menjadi milik mereka tanpa sebarang gangguan. Sang Raja terus menambahkan momentum mereka dengan mendapatkan 3 kill di bahagian tengah lane, Geek Fam yang tersilap langkah menyebabkan mereka kehilangan purple buff mereka kali ini.

Lord pertama berjaya diambil oleh pasukan RRQ Hoshi pada minit ke -11 dan mereka berjaya menumbangkan Dilann dan Frzz yang cuba menganggu usaha mereka. Pushing bersama Lord berjaya memecahkan 2 turret di bahagian dalam base Geek Fam. Selepas berhempas pulas, Geek Fam berjaya mempertahankan base mereka walaupun sudah mengalami kerugian besar.

Pada minit ke-15, RRQ Hoshi berjaya mengambil Lord kedua tanpa sebarang gangguan dari Geek Fam. Adam yang cuba membuat split pushing di bahagian bawah berjaya ditangkap oleh pasukan RRQ dan RRQ terus mengambil peluang itu untuk terus mengejar objektif. Alberttt sudah membuat kesilapan selepas beliau ditangkap oleh RenV menggunakan Way of Dragon menyebabkan 4 ahli pasukannya harus bertahan dan memenangi perlawanan untuk menamatkan permainan. Walau bagaimanapun, RRQ Hoshi yang sudah cukup farming barang mereka tidak dapat ditanggung oleh pasukan Geek Fam. RRQ Hoshi menang dengan sempurna 2-0 kali ini.

RELATED NEWS

+