MPL Indonesia: Sang Raja terpaksa akui kehebatan Alter Ego, tewas 0-2

Untuk memudahkan para pembaca, penulis ingin berkongsi hero yang digunakan oleh setiap pemain pada perlawanan pertama:

RRQ HOSHI

  • Clayyy – Saber
  • R7 – Paquito
  • Alberttt – Claude
  • Vynnn – Chou
  • Skylar – Lunox

ALTER EGO

  • Leomurphy – Jawhead
  • Pai – Barats
  • Nino – Ruby
  • Celiboy – Cyclops
  • Ahmad – Harley

PERLAWANAN PERTAMA

First Blood berjaya didapatkan oleh RRQ Hoshi selepas aksi flicker yang digunakan oleh Vynnn untuk menumbangkan Ahmad yang sedikit ke depan di dalam pertarungan berlaku di lane tengah. Alter Ego membalas dengan rotasi yang dilakukan oleh Celiboy untuk membunuh Vynnn kembali. Turtle pertama berjaya didapatkan pasukan Alter Ego selepas Celiboy menggunakan timing yang betul, pertarungan yang berlaku menyebabkan Clayyy terkorban.

Alberttt mengalami kesukaran untuk farming selepas peta dikawal oleh Alter Ego, rotasi demi rotasi yang dilakukan oleh Alter Ego berhasil mendapatkan kill untuk pasukan mereka, mereka menggunakan momentum itu untuk terus snowball di dalam permainan, RRQ Hoshi terpaksa bermain secara defensive untuk menunggu Alberttt mendapatkan barangnya. Celiboy memiliki gold terbanyak ketika minit ke-8, diikuti Nino, Pai dan Ahmad.

Lord pertama berjaya diambil pasukan Alter Ego tanpa sebarang gangguan dari RRQ Hoshi, ini kerana Sang Raja terpaksa akur akan jurang perbezaan gold yang dimiliki mereka setakat ini. Pushing bersama Lord memberikan asakan terhadap base RRQ Hoshi di bahagian tengah. Alter Ego menang mudah pada minit ke-12.

Untuk memudahkan para pembaca, penulis ingin berkongsi hero yang digunakan oleh setiap pemain pada perlawanan kedua:

RRQ HOSHI

  • Clayyy – Lunox
  • R7 – Lapu-Lapu
  • Alberttt – Benedetta
  • Vynnn – Popol and Kupa
  • Skylar – Esmeralda

ALTER EGO

  • Leomurphy – Baxia
  • Pai – X.Borg
  • Nino – Chou
  • Celiboy – Roger
  • Ahmad – Harley

PERLAWANAN KEDUA

Pertarungan tercetus pada minit pertama di bahagian atas di mana Vynnn dan Skylar tertangkap dengan rotasi yang dilakukan Celiboy, beliau pantas mengeluarkan skill untuk mendapatkan double kill. Momentum kemudiannya berpihak kepada pasukan Alter Ego dan mereka sudah mula mengawal peta pada minit awal permainan. Namun begitu, turtle pertama berjaya diambil pasukan RRQ Hoshi kali ini. 

Celiboy terus mengganas di dalam peta dan berjaya mendapatkan triple kill pada minit ke-4 akan tetapi beliau turut menjadi korban selepas terlalu tamak untuk mendapatkan maniac di turret. Pertarungan diteruskan kedua-dua pasukan membalas kill point antara satu sama lain. Pada minit ke-9, Ahmad dengan pantas combo bersama Nino selepas way of dragon dikeluarkan ke atas Alberttt, melihat kemenangan itu, Celiboy terus mengejar Vynnn dan R7 yang melarikan diri.

Lord pertama berjaya diambil selepas Nino berjaya menjadi decoy untuk mengaburkan mata pasukan RRQ Hoshi ketika pasukan beliau mendapatkan Lord. Pushing bersama Lord berjaya memecahkan turret di bahagian atas, Alter Ego tidak ingin memaksa pertarungan dan hanya farming untuk menunggu Lord yang seterusnya muncul. Way of dragon sekali lagi digunakan Nino pada pertarungan di Lord Pit menyebabkan Skylar tumbang dengan mudah, Alberttt juga sempat dikejar oleh pasukan Alter Ego dan turut terkorban. Peluang itu terus digunakan pasukan Alter Ego untuk mendapatkan Lord.

Namun begitu, pertahanan RRQ Hoshi masih lagi kuat dan mereka masih mampu bertahan meskipun inhibitor turret sudah tiada lagi. Alter Ego berundur dan menunggu peluang bagi menamatkan permainan. Pertarungan pada minit ke-23 menyaksikan Celiboy, Ahmad dan Pai berlawan dengan Alberttt dan Vynnn. Kerana kekurangan ahli, Sang Raja terpaksa akur dengan kekalahan mereka kali ini.

RELATED NEWS

+