MPL Indonesia: Sang raja tewas lagi 0-2, kemenangan milik Onic Esports

Berikutan kekalahan pada pasukan Alter Ego minggu lepas, momentum Sang Raja kian merosot. Mereka seperti tidak mempunyai team chemistry yang cemerlang seperti musim-musim terdahulu.

PERLAWANAN PERTAMA

Onic Esports dilihat bermain dengan sangat agresif, rotasi demi rotasi yang dilakukan berjaya membunuh ahli pasukan RRQ. Pada minit ke 4.25, pasukan RRQ tidak dapat berbuat apa-apa untuk menahan asakan dari Onic Esports. Seterusnya mereka kekurangan gold dan blue buff dirampas.

Gambar di atas menjelaskan damage dealt oleh setiap ahli kedua-dua pasukan tersebut. Dilihat pasukan Onic Esports jauh mendahului RRQ, tidak memberikan ruang untuk mereka bernafas. Skylar tidak memberikan effect seperti yang kita lihat pada permainan claude sebelum ini.

Skylar yang cuba bertahan seorang diri di akhir permainan tidak dapat berbuat apa-apa, beliau terpaksa menyerahkan kemenangan kepada Onic Esports.

PERLAWANAN KEDUA

Tidak ada yang berubah pada perlawanan kedua, Onic Esports terus snowball RRQ apabila mereka mendapat peluang. Turtle diambil dua kali oleh pasukan Onic tanpa sebarang ancaman dari RRQ. Selain itu, mereka juga memenangi lane masing-masing.

Pertarungan yang tercetus di Lord telah menyebabkan RRQ kehilangan 3 orang ahli mereka, kesempatan itu terus diambil oleh Onic Esports untuk push turret dan membunuh Lord. Permainan kini sedang dkawal oleh mereka.

Di saat akhir, Kiboy telah menggunakan Imperial Justice untuk menangkap Wizz dan Taka seterusnya menghentikan usaha RRQ untuk mempertahankan base mereka. Ketiadaan Lemon dan juga Xinn nampaknya memberi impak yang besar kepada Sang Raja. Selain itu, pelatih mereka juga telah ditukar kepada Acil sedikit sebanyak memberi kesan terhadap gameplay mereka selama ini.

RELATED NEWS

+