MPL Indonesia: Tak boleh adapt patch punca Alter Ego kena bantai?

Punca kekalahan Alter Ego di minggu keempat Liga Profesional Mobile Legends (MPL Indonesia) musim ketujuh dikatakan akibat tidak berjaya untuk mengadaptasi meta terbaru yang dimainkan.

Menurut jurulatih mereka, Nasi Uduk berkata kepada IESPL, mereka belum sempat untuk memahami patch terbaru dikeluarkan malah penggunaan Diggie feeder juga mengejutkan pasukan Alter Ego.

Tak dinafikan, ramai pasukan yang sukar menyesuaikan diri dengan patch terbaharu ini. Bagi MPL Malaysia juga, pasukan-pasukan masih bereksperimentasi dengan penggunaan Bane yang kini digelar sebagai magic damage dealer yang tinggi.

Adakah minggu ini Alter Ego mampu menebus kembali kekalahan di tangan Onic dan EVOS Legends? Adakah mereka mampu memenangi kembali kemenangan atas pasukan lain? Kita nantikan.

RELATED NEWS

+