MPL Indonesia: Taxstump jadi jurulatih EVOS Legends, ganti Zeys

Juara dunia kejohanan Mobile Legends M1, EVOS Legends sah mengalami pertukaran jurulatih iaitu Taxstump yang menggantikan Bjorn “Zeys” Ong.

Laporan daripada ONE Esports mengatakan bekas jurulatih pasukan 7Heaven itu bukanlah penganalisa sebaliknya menjadi jurulatih baru bagi EVOS Legends.

Seperti yang kita tahu juga, Zeys didaftarkan sebagai pemain utama dalam MPL Indonesia Musim Keenam tapi gabungan ideal antara Bajan dan Pendragon terbukti jauh lebih menyengat sekali gus tidak memberikan peluang cerah kepada Zeys untuk bermain di lineup utama. 

Terdapat juga pemain EVOS iaitu Fahmi Adam “Rexxy” Alamsyah mengatakan jika mereka main dengan Zeys, akan ada salah faham komunikasi.

Setakat ini, status Zeys di dalam EVOS masih menjadi persoalan dan ada netizen yang meramalkan beliau mungkin akan menjadi jurulatih bagi pasukan di Mobile Legends Developmental League (MDL), satu kejohanan semi-profesional di Indonesia.

Sumber rujukan: ONE Esports

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+