MPL Indonesia: Vaanstrong cemerlang sebagai Mage, EVOS Legends 2-0 Aura Fire

Untuk memudahkan para pembaca, penulis ingin berkongsi hero yang digunakan oleh setiap pemain pada perlawanan pertama:

AURA FIRE

  • Facehugger – Pharsa
  • High – Natan
  • Kabuki – Ruby
  • Qeira – Paquito
  • God1va – Rafaela

EVOS LEGENDS

  • Rekt – Angela
  • Ferxiic – Ling
  • Vaanstrong – Harley
  • Antimage – Esmeralda
  • Clover – X.Borg

PERLAWANAN PERTAMA

Aura Fire membuat tindakan yang berani dengan tidak mengambil retribution untuk jungler mereka, ia menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan purple buff. Peluang itu terus digunakan oleh EVOS Legends untuk memberikan asakan kepada Aura Fire. Ferxiic menggunakan tempest of blades untuk menumbangkan High yang sedang mengambil purple buff.

Kesilapan yang dilakukan oleh EVOS Legends di lane tengah menyebabkan Qeira berjaya mendapatkan triple kill. Ferxiic cuba memaksa pertarungan dengan menyerang God1va di turret dengan bantuan Rekt di dalam tubuhnya. Namun begitu, Qeira yang baru sahaja menumbangkan VaanStrong terus menukarkan fokusnya kepada Ferxiic. Damage Qeira terlalu tinggi dan crowd control yang dikenakan kepada Ferxiic menyebabkan beliau tersungkur dan Rekt mengikut jejak langkahnya tidak lama kemudian.

Walau bagaimanapun, ketiadaan retribution di dalam pasukan Aura Fire menyebabkan mereka ketinggalan dari segi farming. EVOS Legends terus mengawal peta dan jungle bagi mengelakkan High mendapatkan barangnya. Lord pertama mudah diambil oleh Ferxiic tanpa sebarang gangguan dan berjaya menghancurkan turret di bahagian dalam base Aura Fire di lane atas. Perlawanan pertama mudah ditamatkan EVOS Legends apabila mereka mendapatkan Lord yang sudah di enhanced. Tanpa retribution, kesemua Lord dan turtle berjaya diambil EVOS Legends, ia sangat merugikan Aura Fire untuk perlawanan pertama ini.

Untuk memudahkan para pembaca, penulis ingin berkongsi hero yang digunakan oleh setiap pemain pada perlawanan kedua:

AURA FIRE

  • Facehugger – Luo Yi
  • High – X.Borg
  • Kabuki – Yu Zhong
  • Qeira – Paquito
  • God1va – Jawhead

EVOS LEGENDS

  • Rekt – Martis
  • Ferxiic – Ling
  • Vaanstrong – Pharsa
  • Antimage – Esmeralda
  • Clover – Harith

PERLAWANAN KEDUA

Tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama pada perlawanan kedua, High mengambil retribution untuk memudahkan beliau farming. Pada minit awal permainan, God1va cuba mengacah purple buff yang akan diambil oleh Ferxiic. Namun begitu, beliau dikepung oleh Rekt dan Vaanstrong dan first blood didapatkan oleh Vaanstrong.

Pertarungan di turtle pertama berjaya diambil pasukan Aura Fire selepas menghentikan cubaan EVOS Legends untuk membunuh raksasa itu. Tidak beberapa lama kemudian, Aura Fire mempunyai kelebihan selepas menumbangkan Rekt dan Clover ketika mereka menyerang turret di bahagian bawah, peta sekarang dikawal oleh pasukan Aura Fire. Lord pertama mudah diambil oleh pasukan EVOS Legends apabila Ferxiic dengan bantuan Vaanstrong berjaya menumbangkan Facehugger. 

Akibat kekurangan farming, pasukan Aura Fire menjadi sukar untuk mempertahankan base mereka. EVOS Legends kemudiannya berjaya menamatkan permainan pada minit ke-17. Mereka menang bersih dengan skor 2-0.

RELATED NEWS

+