MPL Indonesia: Wannn rehat main kompetitif, Ferxiic ambil alih

Wannn yang merupakan pemain posisi jungler untuk pasukan EVOS Legends kini rasmi berhenti bermain secara kompetitif. Posisi beliau tersebut digantikan oleh Ferxiic yang merupakan ahli pasukan EVOS Icon dari MDL.

Ferxiic merupakan jungler yang sangat agresif, corak permainan tersebut terserlah di kejohanan NMA Season 2 di pramusim yang lalu.

Boleh dikatakan ketika Ferxiic bermain untuk pasukan EVOS Icon di dalam kejohanan MDL, rekod kemenangan mereka adalah 100%.

Satu-satunya kekalahan pasukan EVOS Icon adalah pada waktu Ferxiic tidak bermain perlawanan menghadapi Red Bull Rebellion.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Adakah dengan kemasukan Ferxiic sebagai jungler baru mereka mampu untuk membangkitkan kembali pasukan EVOS Legends? Persoalan ini akan terjawab tidak lama lagi di perlawanan seterusnya pasukan EVOS Legends menentang Onic Esports esok.

RELATED NEWS

+