MPL: Ini adalah jadual penuh perlawanan playoffs

Musim liga bagi MPL MYSG Musim Keenam sudah pun berakhir tak lama dulu dan kini kita berada di ambang playoffs.

Berikut adalah jadual bagi playoffs yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober ini. Sebanyak lapan pasukan akan bertanding selama tiga hari tersebut:

Hari pertama

  • Todak vs Red Reborn: Jam 2PM
  • Resurgence vs EVOS SG: Jam 4PM
  • Orange Louvre Esports vs Bosskurr: Jam 6PM
  • Team SMG vs Geek Fam: Jam 8PM

Hari kedua

  • Perlawanan kumpulan bawah 1: Jam 2PM
  • Perlawanan kumpulan bawah 2: Jam 4PM
  • Separuh Akhir: Jam 6PM
  • Perlawanan kumpulan bawah 3: Jam 8PM

Hari ketiga

  • Perlawanan kumpulan bawah akhir: Jam 2PM
  • Rehat: Jam 4PM
  • Penyampaian hadiah untuk Talent/Rookie/MVP terbaik: Jam 4:30PM
  • Grand Final: Jam 5PM

Bagi meraikan ambang playoffs dan juga enam musim MPL yang sudah berlangsung, Moonton ada menganjurkan satu peraduan di Instagram dan Facebook MPL MYSG:

Dari 15 Oktober hingga 22 Oktober:

Anda boleh meninggalkan hasrat untuk Mobile Legends di ruangan komen post ini. Anda perlu turut menyertakan ID MLBB dan ID Server.

Cari post tersebut di kedua laman sosial tertera:

Laman IG

Laman Facebook

Jangan lupa saksikan playoffs pada 23 hingga 25 Oktober untuk keputusannya!

RELATED NEWS

+