mengumumkan MPL Kemboja baru-baru ini, kini mereka sudah menjemput empat pasukan untuk bertanding buat pertama kalinya di dalam MPL terbaru itu."> mengumumkan MPL Kemboja baru-baru ini, kini mereka sudah menjemput empat pasukan untuk bertanding buat pertama kalinya di dalam MPL terbaru itu." /> mengumumkan MPL Kemboja baru-baru ini, kini mereka sudah menjemput empat pasukan untuk bertanding buat pertama kalinya di dalam MPL terbaru itu." />

MPL Kemboja mengumumkan 4 pasukan yang akan bertanding

Selepas Moonton mengumumkan MPL Kemboja baru-baru ini, kini mereka sudah menjemput empat pasukan untuk bertanding buat pertama kalinya di dalam MPL terbaru itu. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Cambodia (@mpl.kh.official)

Pengumuman itu dibuat berdasarkan posting dari akaun rasmi Instagram @mpl.kh.official. Empat pasukan yang dijemput itu adalah Impunity KH, See You Soon, Burn Gaming dan juga Newblood.

Ini bermakna masih ada baki empat pasukan yang belum diumumkan. MPL Kemboja musim pertama ini pasti sangat menarik untuk ditonton dan menjadi berita baik buat peminat MLBB di negara itu. 

Kejohanan dunia M3 yang akan berlangsung tidak lama lagi mungkin akan menjanjikan slot buat pasukan MPL Kemboja ini. Lapan pasukan akan merebut hadiah wang terkumpul yang lumayan buat pertama kalinya di MPL Kemboja nanti.

Namun begitu, jumlah wang terkumpul masih belum diumumkan, ia mungkin sama nilainya dengan pertandingan MPL di negara lain. Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+