MPL KH: 2 pemain Filipina masuk pasukan Kemboja

Liga Profesional Mobile Legends Kemboja sudah memasuki musim ketiga dan bermula pada hari ini.

Pasukan Kemboja adalah salah satu pasukan terkuat di Asia Tenggara dan mereka sudah membuktikan sewaktu Kejohanan Dunia Siri M. 

Seperti MPL ID, MPL Kemboja menyaksikan 8 pasukan akan bertarung untuk merebut gelaran juara serta slot untuk bermain di M4 yang akan berlangsung pada Januari tahun depan.

MPL Kemboja akan lebih menarik di musim ini di mana pemain Filipina akan melakukan debut mereka di Kemboja sama seperti Indonesia dan Malaysia. 

Nampaknya, kehadiran pemain Filipina di dalam liga Asia Tenggara makin ketara oleh kerana pencapaian mereka yang hebat sewaktu Kejohanan Antarabangsa.

Musim liga akan berlangsung selama lima minggu dari 6 Ogos sehingga 4 September.

Format perlawanan berdasarkan best of two, berbeza dengan Malaysia di mana pasukan harus mendapatkan 2 kemenangan.

Pasukan Burn X Flash baru-baru ini mengambil bekas pemain Nexplay EVOS iaitu MPDKING dan juga Hesa.

2 pemain Filipina ini bakal memperkuatkan pasukan Kemboja ini dan akan dilatih oleh jurulatih dari Filipina juga iaitu Zico.

Sumber: Moonton

 

 

RELATED NEWS

+