MPL Kini Kembali – Geek Fam, Reborn, Shopee Bosskurr dan Xpax X-Assins Dijemput Terus

Hari ini, pembangun Mobile Legends: Bang Bang, Moonton mengumumkan musim keempat Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) bagi Malaysia dan Singapura dan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

Pendaftaran sudah pun dibuka dari 5 Julai hingga 14 Julai ini dan boleh daftar di sini https://forms.gle/pZPN3yEF3ZbsEX4C6

Bagi pusingan kelayakan Malaysia pula, ia akan bermula pada 19 Julai hingga 21 Julai dan Singapura pula pada 27 hingga 28 Julai

Dua pasukan Malaysia dan Singapura yang menjadi johan akan terpilih untuk memasuki musim liga di mana mereka akan bertemu 6 lagi skuad yang mendapat jemputan terus selama 6 minggu.

Ini adalah pasukan-pasukan tersebut:

  • Geek Fam
  • Shopee Bosskurr
  • Reborn
  • Xpax X-Assins
  • EVOS Esports SG
  • Bigetron SG

Syarat untuk pasukan ini mendapat jemputan terus pula dilihat dari roster mereka. Jika 60% atau tiga pemain dikekalkan dari musim ketiga, mereka akan layak ke musim liga ini.

RM203,000 pula diberikan sebagai subsidi mingguan, bonus kemenangan dan anugerah prestasi bagi mereka yang layak ke musim liga. RM211,000 baki prizepool pula akan dapat direbut di playoffs nanti dijangka bermula pada Oktober 2019.

Bagi korang yang taknak terlepas tengok pusingan kelayakan, ia akan bersiaran langsung di Facebook MLBB pada 21 Julai (Malaysia) dan 28 Julai (Singapura).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+