MPL Malaysia: Dah setahun bersama, Suhaz EVOS paling digeruni

Pemain-pemain Suhaz EVOS sudah setahun bersama dan keserasian mereka kini di tahap tertinggi.

Itu antara kekuatan dan penyebab kemenangan mereka di MPL Malaysia musim ketujuh dalam perlawanan ke atas RSG dan juga Red Esports. 

Ikuti temubual penulis bersama wajah baru di MPL antaranya, Eavy, Box dan AJ.

MyGameOn: Ini adalah kali pertama anda bertiga di MPL. Bagaimana anda mengadaptasi bermain di pentas profesional?

Eavy: Saya gembira dan akan cuba main yang terbaik
Box: Saya anggap setiap perlawanan macam dalam scrim. Sebab setiap kali scrim saya serius jadi di MPL saya akan lebih serius.
AJ: Saya bermain dengan tenang dan cuba untuk elak dari rasa tertekan.

 

MGO: Apa rahsia keserasian antara anda semua?

Suhaz EVOS: Kami tidur, main game, makan, menangis dan ketawa bersama. Kami sangat rapat dan ini keluarga kedua kami. Kami dah setahun bersama.

 

MGO: Selain bermain bersama sebagai satu pasukan sebelum MPL, adakah mereka berlima teman rapat? Bagi pendapat anda, adakah aktiviti di luar permainan yang boleh mengeratkan persahabatan memainkan peranan juga untuk keserasian mereka dalam permainan?
Suhaz EVOS: Setuju, aktiviti luar akan merapatkan ukhwah kami semua. Walaupn kami memang dah rapat, tetapi aktiviti luar lebih membuatkan kami mengenali antara satu sama lain.

 

MGO: Bagaimana secara ringkas latihan dilakukan Suhaz EVOS. Adakah anda scrim setiap hari? Dengan pasukan mana?
Suhaz EVOS: Scrim diadakan setiap hari dengan objektif tertentu setiap scrim. Pasukan scrim secara rawak tp kebanyakan adalah daripada Indonesia dan Filipina.

MGO: Pasukan mana yang menjadi cabaran buat Suhaz untuk kumpulan B? dan pasukan mana di luar kumpulan yang anda ingin lawan dan kenapa?
Suhaz EVOS: Di dalam kumpulan B, kami menjangkakan Bosskur akan memberi cabaran yangg paling susah, kerana semua pemain mereka boleh bermain dengan baik. Di kumpulan A pula, semestinya Todak kerana memiliki 10 pemain. Macam-macam meta mereka boleh berlatih dengan pemain seramai itu.

 

Setakat ini, Suhaz EVOS mendapatkan kemenangan 2-0 ke atas skuad RSG MY dan Red Esports. Minggu ini, mereka akan berlawan dengan pasukan Team Bosskurr pada hari Ahad.

RELATED NEWS

+