MPL Malaysia kini terpahat di Malaysia Book of Records

Liga Profesional Mobile Legends (MPL MY) musim kesepuluh mencipta fenomena tersendiri hari ini apabila dianugerahkan rekod Kejohanan Profesional E-Sukan Paling Lama (terpanjang) pernah dianjurkan di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Dalam satu pengumuman rasmi di Instagram, Malaysia Book of Records mengumumkan berita itu.

Difahamkan, MPL MY sudah 10 musim dianjurkan bermula dari awal tahun 2018 yang mana musim pertama merangkumi negara Malaysia dan Singapura (MYSG) dianjurkan buat pertama kalinya.

Pada musim ketujuh, Malaysia dan Singapura dipisahkan liganya dan kedua negara menganjurkan liga tersendiri.

MPL MY juga menjadi satu penanda aras untuk pentas antarabangsa kerana pemenang dan naib johan biasanya akan mara ke peringkat Asia Tenggara (MSC) dan kejohanan dunia siri M yang diadakan setiap tahun.

RELATED NEWS

+