MPL Malaysia: Maima bermain dengan cemerlang, Geek Fam tundukkan Homebois 2-0!

Perlawanan pembukaan hari kedua menyaksikan Homebois bertemu dengan Geek Fam. Homebois memberikan prestasi yang cemerlang pada minggu lepas, mampukah mereka mengekalkan momentum pada hari ini?

PERLAWANAN PERTAMA

Geek Fam mempunyai kelebihan pada minit awal permainan, mereka berjaya melakukan rotasi demi rotasi untuk mendominasi skor kill. Namun begitu, Homebois begitu berdisiplin untuk mengejar objektif dan farming mereka. Mereka berjaya mendapatkan kesemua turtle dengan mudah.

Kedua-dua pasukan berhempas pulas untuk memenangi perlawanan, permainan yang ditonjolkan oleh Saiful dan Vins menjadi penentu teamfight namun Geek Fam lebih dominasi dengan Hayabusa di dalam pasukan mereka. Mereka berjaya mendapatkan kemenangan pada minit ke-27. Draft Geek Fam sangat kuat ketika late game.

MVP milik Maima, beliau berjaya menumbangkan musuh dengan hero harley yang sangat licik dan kuat untuk mencari backline musuh.

PERLAWANAN KEDUA

Maima sekali lagi memberikan tekanan di perlawanan kedua, gerakan lincah dari Ling membuatkan Homebois bermain di dalam mod defensive, Homebois mempunyai kesukaran untuk mendapatkan farm di dalam peta. Pada minit ke-12, Lord berjaya diambil pasukan Geek Fam. Homebois masih tidak mempunyai jawapan untuk menghadapi Ling akan tetapi mereka berjaya mempertahankan base mereka ketika ini.

Geek Fam menunggu objektif dan bersiap sedia untuk mendapatkan Enhanced Lord pada minit ke-16. Geek Fam berjaya mendapatkan Lord itu dan terus merusuh masuk ke base Homebois untuk mengambil kemenangan bersih 2-0.

Mereka bermain dengan begitu berdisiplin dan mengejar objektif untuk memastikan kemenangan milik mereka. Pemilihan X.Borg sebagai jungler Homebois kurang menyengat kali ini, kekurangan pada peringkat permulaan permainan dan jungle yang dikawal Geek Fam menyebabkan Chibi mengalami kesukaran.

Maima sekali lagi dinobatkan sebagai MVP untuk perlawanan kedua ini, Ling adalah salah satu hero kegemaran beliau dan corak permainan Maima makin lama makin bagus dan berjaya mengawal peta dan melakukan rotasi dengan pantas.

 

 

RELATED NEWS

+