MPL: Malaysia paling kerap bereksperimen

Pasukan Mobile Legends negara diakui yang paling banyak bereksperimen sepanjang Liga Profesional (MPL MY) musim ketujuh yang berlangsung tak lama dulu.

Dalam satu statistik dikeluarkan di Instagram @mplmy.official, Malaysia di tangga pertama dengan penggunaan hero terbanyak.

Secara keseluruhan, pasukan Malaysia menggunakan sebanyak 83 jenis hero berbeza sepanjang liga itu.

Hero seperti Helcurt, Faramis dan lain-lain yang bukan berada dalam meta digunakan untuk bereksperimen dengan kombo dan gabungan hero lain.

Banyak strategi merisikokan buat pasukan Malaysia sebagai contoh, Todak menggunakan Helcurt. Namun, kesudahannya, hero tersebut menjadi utiliti pasukan.

Selepas MPL berakhir, perjuangan diteruskan di Piala Asia Tenggara (MSC 2021) akan berlangsung pada 7 Jun hingga 13 Jun ini.

Ia mengumpulkan hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700) yang akan direbut 12 pasukan dari lapan negara.

Saksikan siaran langsung di Facebook, TikTok dan Youtube.

RELATED NEWS

+