Biarpun sudah bertukar lineup, kemenangan tidak berpihak kepada Team Bosskurr selepas tewas di tangan Geek Fam MY yang dikendalikan oleh Ariff Iswandi (Amoux) sebagai jurulatih.
Dalam perlawanan minggu ketiga liga Profesional Mobile Legends (MPL MY) musim ketujuh, Geek Fam berjaya memperoleh skor 2-0 ke atas Team Bosskurr.
Pasukan yang dianggotai oleh Maima, Panda, Nellbie, Xorn dan Artz (Kapten) seolah-olah menjadi lineup paling selesa yang ditunjukkan mereka. Pemilihan Fanny oleh Xorn di perlawanan kedua menunjukkan Geek Fam begitu selesa dan yakin untuk meneruskan draft ini yang pernah digunakan ke atas Red Esports, minggu lalu.
Sebelum ini, Team Bosskurr menukar 2ez4jepv menjadi jurulatih dan membawa masuk Dragon yang dulunya pemain simpanan, menjadi pemain utama.
Xorn memperoleh MVP dalam perlawanan kedua ini dengan skor 5-0 tanpa kematian menggunakan Fanny.