MPL Malaysia: Reborn dan RSG MY tambah seorang pemain

Dua pasukan Liga Profesional Mobile Legends (MPL Malaysia) musim ketujuh, Reborn Esports dan RSG MY memasukkan seorang pemain ke dalam roster sedia ada.

Bagi mempersiapkan baki musim liga selama lima minggu, mereka memasukkan seorang pemain, menguatkan lagi lineup yang ada.

Bagi RSG MY, mereka memasukkan pemain muda dari Sabah, Izanami yang akan bermain sebagai support. Izanami pastinya akan rotate dengan Logan untuk bermain peranan support ini.

Bagi Reborn Esports pula, mereka memasukkan Ryzennn sebagai pemain core ataupun jungler mereka.

 

Seperti MPL Indonesia, pemain-pemain baharu boleh dimasukkan dari masa ke semasa walaupun selepas roster lock. EVOS Legends memasukkan Ferxiic bagi menggantikan Wann yang berehat dari kompetitif.

Bagaimanakah Izanami dan Ryzennn akan membantu pasukan mereka? Adakah mereka akan bermain dengan serasi? Kita saksikan musim liga minggu ini yang akan bermula jam 3:00 petang ini.

RELATED NEWS

+