MPL Malaysia: Suhaz EVOS tewaskan Red Esports 2 – 0

Suhaz EVOS bermula dengan cemerlang apabila berjaya menewaskan Red Esports 2-0 sebentar tadi.

Prestasi mengagumkan dari Hyhy sebagai Chou dan Box sebagai jungler memberikan kejutan kepada pasukan lawan hari ini.

Pada perlawanan pertama ini, Hyhy bermain Chou dengan sangat baik dan berjaya menangkap Mal berulangkali. Ini membantu Suhaz untuk mengekalkan momentum perlawanan dan mendapat kelebihan.

Yu Zhong juga membuat play berulang kali sekali gus membantu kemenangan ini.

Di perlawanan kedua, AJ pula yang menyinar sebagai Vale. Ultimate digunakan dengan baik dan pada masa sesuai untuk menangkap hero daripada Red. Box juga bermain dengan cemerlang tanpa kematian dan 13 mata bunuh.

MPL Malaysia musim ketujuh mengumpulkan 10 pasukan terbaik negara bertanding selama lapan minggu.

Ini adalah kali pertama Malaysia mempunyai liga Mobile Legends sendiri selepas perpisahan daripada Singapura dulu.

RELATED NEWS

+