MPL Malaysia: Todak ada kelebihan cuba pelbagai meta, strategi

Pasukan Todak Mobile Legends diakui mempunyai kelebihan di MPL Malaysia musim ketujuh kerana mempertaruhkan roster 10 orang pemain. 

Jika dilihat dari segi logiknya, 10 orang pemain bermakna ia akan dibahagikan kepada dua kumpulan pada setiap minggu MPL di mana mereka boleh bereksperimentasi.

Antara yang boleh diambil kira adalah:

  • Lineup apa yang paling sesuai untuk memanfaatkan strategi baharu dan keserasian.
  • Pemain dengan daya pemikiran berbeza. Pemain dari Todak Apprentice mempunyai gaya permainan berbeza dengan pemain senior. Gabungan idea dari perspektif berbeza ini mungkin boleh hasilkan gaya permainan lebih segar dan di luar kotak.
  • Strategi yang agak sukar dikenal pasti. Jurulatih mempunyai tanggungjawab besar memastikan kesemua pemain ini mempunyai strategi berbeza setiap minggu. Bilangan pemain yang ramai pastinya membuatkan Todak MLBB boleh hadir dengan pelbagai strategi berbeza mengikut lineup digunakan.
  • Tiada isu kurang pemain ganti. Bagi sesetengah pasukan, jika terdapat kecemasan atau pemain tidak sihat, mereka perlu menggunakan sub. Namun, ada masanya sub digunakan tidak begitu efektif kerana kurang berlatih bersama lineup utama. Jadi di sini Todak ada kelebihan untuk swap pemain bila perlu.

Bagi penulis, tindakan Todak MLBB dilihat tepat dan berani. Percaturan yang lebih matang dan kelebihan mempunyai ramai pemain adalah tindakan sama diambil oleh organisasi Indonesia yang sudah lama bertapak. RRQ, EVOS Legends, Onic Esports misalnya mempunyai ramai pemain tambahan untuk cuba pelbagai strategi baru.

Keberkesanan penuh taktik ini mungkin tak dapat disaksikan sekarang tapi pastinya kita akan dapat tahu selepas beberapa minggu musim liga dijalankan.

RELATED NEWS

+