MPL MY: Aulus menjadi kunci kemenangan pasukan MAB Esports

Perlawanan yang terakhir hari pertama minggu kedua MPL MY musim ke-9 menyaksikan pasukan MAB Esports akan bertemu dengan pasukan Suhaz Esports.

Pasukan Suhaz Esports memenangi perlawanan pertama manakala pasukan MAB Esports memenangi perlawanan kedua.

Di perlawanan terakhir, pasukan MAB Esports lebih agresif mengejar objektif. Meskipun pasukan Suhaz Esports berjaya mendapatkan turtle sebanyak 2 kali, namun pasukan MAB masih mengawal permainan.

Kesilapan pasukan Suhaz Esports semakin ketara apabila D Ace yang cuba membuka peta kerap kali terkorban. Aulus yang dipakai oleh Alif terus menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Dia berjaya mendapatkan maniac pada minit ke-9 dan pasukan MAB terus sahaja menjatuhkan turret pasukan Suhaz Esports.

Lord yang berjaya diambil pada minit ke-10 menambahkan lagi kekuatan pushing pasukan MAB dan mereka terus sahaja memenangi perlawanan pada minit ke-11.

 

 

RELATED NEWS

+