MPL MY: Kombo Vale & Franco sangat “menakutkan”

Perlawanan terakhir di hari pertama minggu kelapan MPL MY musim ke-9 menyaksikan pasukan RED Esports bertemu dengan Suhaz Esports.

Pasukan Suhaz Esports bermain dengan begitu baik di perlawanan pertama dan mereka berjaya menewaskan RED Esports.

RED Esports membalas kekalahan mereka dengan memenangi perlawanan kedua.

Di perlawanan ketiga, pasukan RED Esports sekali lagi menggunakan kombo Franco dan Vale yang sangat serasi.

Pasukan Suhaz Esports sering diasak oleh pasukan RED dengan rotasi yang dilakukan oleh Mom menggunakan Franco.

RED meneruskan kawalan peta mereka di dalam perlawanan ini dan Mal yang menggunakan Wan Wan mula menunjukkan kekuatannya di fasa akhir permainan.

Kekuatan dan kelebihan gold yang memihak kepada RED Esports menyebabkan pasukan Suhaz gagal untuk mempertahankan crystal mereka.

Foto: Moonton Games

RELATED NEWS

+