MPL MY mengeluarkan poster terbaru terhadap MPL PH

Sebelum ini tular isu insiden poster dari MPL MY yang memuat naik satu poster terhadap pasukan Bren Esports dari Filipina. Pasukan Todak diletakkan di dalam sebuah poster itu dan ada yang keliru jika ucapan itu adalah dari Todak sendiri.

Oleh kerana kenyataan itu, pasukan Todak dikecam hebat oleh penyokong dari Filipina tapi mereka cepat bertindak dengan mengeluarkan kenyataan mengatakan pasukan mereka tidak terlibat sama sekali dan selalu menghormati pasukan lawan.

Kini, MPL MY sudah menyelesaikan isu itu dan memadam poster itu. Mereka juga mengeluarkan poster terbaru dengan gambar rajah dua kelompok manusia berpelukan dengan kenyataan “Still bros for life?”.

Walau bagaimanapun, semangat untuk memenangi Kejohanan Dunia M3 masih disematkan di dalam hantaran itu. Diharap netizen Filipina akan dapat menerima permohonan maaf dari negara Malaysia dan tidak lagi mengecam pemain-pemain dari pasukan Todak selepas ini. 

Foto: MPL MY

RELATED NEWS

+