Pada 2 Jun lepas, MPL MY Musim-13 telah menutup tirai dan dijuarai oleh Red Giants Esports.
Acara ini juga telah membawa ramai penonton dan telah memecah rekod masa menonton dan jumlah penonton secara langsung.
Red Giant Esports telah menunjukkan prestasi terbaik tanpa kalah ketika peringkat kumpulan.
MPL MY Musim 13 telah mendapatkan lebih 10.5 juta jumlah masa menonton satu peningkatan sebanyak 13% dari musim lepas.
Tambahan lagi, jumlah penonton juga meningkat sebanyak 23.3% dan penonton secara langsung juga meningkat sebanyk 14.4%.
Perlawanan akhir di antara Red Giant Esports dan HomeBois juga menjadi perlawanan paling popular dengan 631,186 jumlah penonton ketika itu.
HomeBois juga menjadi pasukan yang paling ramai dan lama ditonton ketika MPL Malaysia Musim 13 ini.
Menurut Esports Charts peningkatan ini juga disebabkan beberapa saluran stream dibuat termasuk di Indonesia dan juga peningkatan stream di TikTok yang hampir menyamai jumlah masa tontonan di YouTube.
MPL MY Musim 13 kini menjadi pertandingan MPL paling popular setakat ini.
Red Giant Esports juga kini layak ke MLBB Mid Season Cup 2024 (MSC 2024) nanti manakala HomeBois perlu berlawan di peringkat Wildcard.
Rujukan: EsportsChart