MPL MY musim kesepuluh akan buka pendaftaran tak lama lagi

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kesepuluh akan membuka pendaftaran tak lama lagi, menurut sebuah hantaran di Instagram rasmi liga itu. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

MPL MY kali ini adalah penting kerana ia akan menentukan pasukan Malaysia mana akan layak mendapat slot ke kejohanan dunia, M4 pada Januari depan.

Kalau mahu diikutkan, pasukan jemputan mengikut format biasa dari Moonton adalah sebanyak lapan pasukan.

Hanya MAB Esports dan Geek Fam yang tidak mendapat jemputan kerana berada di kedudukan dua tercorot.

Dua pasukan pula akan layak ke musim liga menerusi kelayakan akan berlangsung.

Macam-macam boleh berlaku apabila musim lalu kita menyaksikan pembelian slot dilakukan buat pertama kali. Adakah musim ini akan menyaksikan perkara yang sama? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+