MPL MY: Orange Esports mendominasi

Perlawanan terakhir di hari kedua peringkat playoff MPL MY musim ke-9 menyaksikan pasukan Orange Esports bertemu dengan pasukan RED Esports.

Kedua-dua pasukan berjaya mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama dan kedua untuk memaksa ke perlawanan ketiga.

Pasukan yang gagal mendapatkan kemenangan di perlawanan ketiga ini akan dihantar pulang manakala pasukan yang menang akan bertemu dengan Team Caracal.

Seperti perlawanan kedua, pasukan Orange Esports mendapat kelebihan pada minit awal permainan apabila objektif demi objektif berjaya didapatkan oleh mereka.

RED Esports teruskan menghukum pasukan Orange Esports di atas kesilapan mereka yang cuba memaksa teamfight. Pada minit ke-9 sahaja, perbezaan Gold sudah mencapai hampir 4 ribu.

Orange Esports tidak mudah mengalah, mereka membalas kembali asakan yang dilakukan oleh pasukan RED dengan setup yang baik ditunjukkan oleh Valenz, Mannn dan juga Garyy.

Mereka kemudian menamatkan permainan pada minit ke-14 dengan bantuan dari Luminous Lord. Perjalanan RED Esports di peringkat playoff kini tamat dan Orange akan menentang Caracal di perlawanan seterusnya pada hari esok.

Foto: Moonton Games

RELATED NEWS

+