MPL MY S10 akan bermula 5 Ogos ini

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) adalah satu pertandingan yang mengumpulkan pasukan terbaik di negara masing-masing bagi melayakkan diri ke kejohanan antarabangsa seperti MSC dan siri M.

Sudah sepuluh musim MPL mula bertapak di Malaysia dan semua para peminat MLBB menantikan pengumuman tarikh pertandingan ini. Kini, MPL MY mengumumkan bahawa musim kesepuluh akan bermula pada 5 Ogos depan.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran ringkas di akaun rasmi Instagram mereka. Nampaknya masa sudah semakin suntuk dan kebanyakkan pasukan sudah memperlihatkan barisan pemain mereka kepada peminat.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Siapakah yang bakal merebut gelaran juara untuk musim kali ini? Dapatkah pasukan Todak mempertahankan takhta mereka dan membawa pulang pingat ketiga nanti? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+